suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerbau korban mengamuk... Lelaki 45 tahun maut ditanduk, seorang lagi patah tulang rusuk

Video yang tular memaparkan seekor kerbau korban bertindak agresif dalam insiden di Ulu Tiram, Johor.

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditanduk kerbau untuk upacara korban sempena Hari Raya Aidiladha dalam dua kejadian berasingan di Ulu Tiram, Johor, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 10 pagi di Kampung Tenang melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun.

Menurutnya, mangsa ditanduk seekor kerbau sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam pada hari sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz rebah, meninggal dunia sejurus selesai sembelih lembu korban... Anak dedah arwah bapa sudah beri ‘petanda’

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan pada saluran darah di kaki kiri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.

Dalam kejadian berasingan kira-kira pukul 2 petang hari sama, seorang lagi lelaki berusia 45 tahun cedera selepas ditanduk kerbau di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

Mangsa mengalami patah tulang rusuk selepas haiwan tersebut tiba-tiba menjadi agresif sebelum menyerangnya, dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Bagaimanapun ujar Mohd Sohaimi, pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung kejadian kedua itu.

Kedua-dua insiden tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih mengenai kejadian berkenaan.

Terdahulu, beberapa video dan gambar insiden itu tular di media sosial, menunjukkan seekor kerbau bertindak agresif menyerang beberapa individu di lokasi kejadian.

Artikel Lain