suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah simbah kuah oden panas kepada ‘rider’, staf FamilyMart digantung tugas serta-merta

Tangkap layar (screenshot) video yang tular memaparkan seorang kakitangan FamilyMart menyimbah kuah oden kepada seorang penghantar makanan.

KAKITANGAN FamilyMart yang didakwa menyimbah kuah oden panas ke arah seorang penghantar makanan (rider) digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, rangkaian kedai serbaneka popular itu berkata, pihaknya memandang serius insiden sedemikian dan memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil.

"Kami sedia maklum mengenai video tersebut dan pasukan kami sedang menjalankan siasatan terhadap insiden ini dengan keutamaan dan segera.

"FamilyMart tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku yang biadab, tidak selamat atau tidak menghormati sesiapa sahaja di premis kami.

"Kakitangan yang terlibat telah digantung tugas sementara siasatan dijalankan. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini berlangsung.

"Yakinlah bahawa perkara ini dipandang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil," tulisnya.

Terdahulu dalam video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial, seorang penghantar makanan mendakwa dia disimbah dengan kuah oden selepas bertanya mengenai pesanan pelanggannya. 

Kuah oden berkenaan terkena pada bahagian kakinya namun penghantar makanan itu mengambil keputusan keluar dari premis. 

Difahamkan, kejadian berlaku di cawangan rangkaian itu di The Core, Kota Damansara.

Artikel Lain