suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi depan pagar rumah... Lupa tarik ‘handbreak’, warga emas maut terperosok bawah kereta

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kereta sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. -Foto JBPM Selangor

MALANG tidak berbau menimpa seorang warga emas berusia 67 tahun apabila dia dilaporkan maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di bawah kenderaan miliknya sendiri.

Dalam kejadian pada petang Rabu, kereta jenis Proton Saga berwarna merah itu secara tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa di hadapan rumahnya di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut Ibrahim, mangsa ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa akibat tersepit di bawah kenderaan terbabit selepas dipercayai baru sahaja meletakkan keretanya di garaj rumah.

Siasatan mendapati mangsa bertindak keluar dari kenderaan untuk menutup pintu pagar rumahnya, namun tanpa diduga, kereta berkenaan tiba-tiba bergerak mengundur sendiri lalu merempuh mangsa dengan kuat.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh sebelum tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Hasil siasatan awal pihak polis mempercayai mangsa tidak menarik brek tangan ketika meletakkan kereta.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Lain