suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis klasifikasi kematian Nur Izzati sebagai SDR

Kematian Izzati diklasifikasi sebagai kematian SDR. -Foto Bernama (kanan)

KEMATIAN remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam, Selangor sejak Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 11.58 pagi, Selasa.

Ibrahim berkata, mayat mangsa kemudian berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pukul 1.08 tengah hari selepas itu sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut termasuk bedah siasat.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim pada pukul 2.30 petang, Sabtu mengenai kehilangan seorang remaja perempuan ketika turun dari aktiviti pendakian bersama keluarganya di Bukit Changkat Asa.

Allahyarham menyertai pendakian bersama enam ahli keluarga bermula sekitar pukul 8.40 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan terungkai... Nur Izzati ditemukan meninggal dunia

Ketika dalam perjalanan turun kira-kira pukul 10.50 pagi, kumpulan pendaki berkenaan berhenti berehat sebelum mangsa meminta kunci kereta serta beg galas daripada ibunya.

Mangsa dipercayai mahu turun lebih awal untuk berehat di dalam kenderaan akibat kepenatan dan cuaca panas.

Namun, apabila ibunya tiba di kawasan parkir kira-kira pukul 11.35 pagi, mangsa didapati tiada sebelum disyaki hilang ketika turun seorang diri.

Pencarian mangsa selama empat hari itu membabitkan 114 kekuatan daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak untuk urusan pengebumian selepas selesai proses bedah siasat.

Artikel Lain