suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri kehilangan terungkai... Nur Izzati ditemukan meninggal dunia

Nur Izzati ditemukan meninggal dunia tengah hari Selasa. -Foto JBPM (kiri)

DIKEMASKINI

REMAJA perempuan yang dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor, Sabtu lalu, ditemukan meninggal dunia tengah hari Selasa.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan kira-kira pukul 11.59 pagi. 

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan kira-kira satu kilometer daripada lokasi Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Difahamkan, mayat remaja berkenaan dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Untuk rekod, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula seawal pukul 8.00 pagi Selasa sudah memasuki hari keempat.

SAR membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan pencarian di lapangan turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM.

Nurul Izzati dilaporkan tersesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, pagi Sabtu lalu, secara bersendirian.

Artikel Lain