suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesta gay di hotel mewah KL bertukar tragedi… Seorang maut akibat parti dadah

Pengambilan dadah boleh menyebabkan kematian. -Gambar hiasan AI

SERAMAI 51 lelaki diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral termasuk parti dadah dan pesta gay menerusi serbuan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal pagi Ahad.

Operasi bermula kira-kira pukul 2.35 pagi hingga 5 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan berkenaan dipercayai menjadikan bilik hotel mewah sebagai lokasi berhibur, menyalahgunakan dadah serta melakukan aktiviti tidak bermoral.

Menurut Hussein, seramai 23 lelaki tempatan dan 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun ditahan dalam operasi tersebut.

"Polis turut merampas cecair Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA (284 gram), pil ekstasi (8.56 gram), serbuk ekstasi (8.7 gram) dan ketamin (11.61 gram).

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM103,070,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Hussein, sebelum serbuan dijalankan, polis menemukan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti itu dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika diusung di lobi hotel.

Katanya, lelaki terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek telah direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel Lain