Jazmanie memaklumkan menerusi Op Luxury, JPJ mengesan kesalahan LKM paling mahal tidak dibayar iaitu RM16,000 bagi kereta Porshe. -Gambar JPJ
SELEPAS kenderaan mewah milik seorang pemain bola sepak kebangsaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Khamis, sebuah lagi Toyota Vellfire milik bekas pemain bola sepak kebangsaan disita di Kuala Lumpur pada Sabtu.Bekas pemain bola sepak yang pernah merangkul beberapa kali kejuaraan Liga Super itu ditahan JPJ menerusi Op Luxury ketika memandu kenderaan mewah terbabit kira-kira pukul 4 pagi di Bukit Bintang. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, kenderaan mewah itu disita selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh dan lesen memandu tamat tempoh."Semakan mendapati LKM itu tamat tempoh sejak 7 Disember tahun lalu. LKM itu sudah masuk lima bulan dan masih belum diperbaharui dan sebab itu kenderaan itu disita," katanya pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Vellfire pemain bola sepak kebangsaan disita, tiada cukai jalan sejak November tahun laluDalam operasi yang sama, Mercedes Benz Brabus AMG milik pakar motivasi keusahawanan bergelar Datuk turut ditahan selepas LKM dikesan tamat tempoh sebulan dan tiada perlindungan insurans."Selain itu, JPJ juga mengesan kenderaan mewah itu mempamerkan nombor kenderaan lain. "Dia sebenarnya sudah membuat pertukaran nombor pendaftaran kenderaan ini namun masih menggunakan nombor lama dan ini adalah satu kesalahan," katanya.Menerusi Op Luxury, JPJ turut mengesan kesalahan LKM tamat tempoh paling lama ialah 1 Januari 2025 manakala LKM paling mahal tidak dibayar ialah RM16,000 bagi kenderaan jenis Porshe."Sehingga Sabtu, JPJ merekodkan sebanyak 1,814 buah sitaan kenderaan mewah dengan 899 buah sitaan direkodkan pada tahun 2025 manakala 915 buah disita tahun ini."Antara jenis kenderaan mewah yang dikesan termasuk Porsche dan Lamborghini, selain beberapa jenis premium lain yang dikenal pasti gagal memperbaharui LKM," katanya.mStar pada Ahad melaporkan tak tahu cukai jalan tamat tempoh menjadi alasan pemandu Toyota Vellfire milik pemain bola sepak kebangsaan ketika kenderaan itu disita dalam Op Luxury oleh JPJ Kedah di Alor Setar pada Khamis.Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata tindakan itu diambil selepas pihak penguat kuasa mengesan kenderaan berkenaan melakukan kesalahan di bawah peraturan jalan raya dan kini sedang dalam siasatan lanjut.