suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Volkswagen Golf GTI terlibat kemalangan tragis ragut nyawa remaja bakal didakwa dalam masa terdekat

Kemalangan ngeri membabitkan Volkswagen Golf GTI dengan van Nissan Vanette di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada 19 Mei lalu yang meragut nyawa seorang remaja.

PEMANDU kereta Volkswagen Golf GTI yang terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah Nissan Vanette di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada 19 Mei lalu, dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pemandu berusia 43 tahun yang bekerja sendiri itu akan didakwa atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata polis sudah merakam percakapan lelaki berkenaan sejurus selepas kejadian.

Menurutnya, sebaik siasatan lengkap, dia akan didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 18 tahun, Wah Han Keong, meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas van dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Volkswagen Golf GTI.

Siasatan awal mendapati Volkswagen Golf GTI yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari pusat bandar Kuala Terengganu menuju ke Muzium Negeri Terengganu di Losong hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah jalan.

Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan melanggar tiang lampu, sebelum bertembung dengan van yang dinaiki mangsa bersama bapanya. 

Mangsa yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia serta-merta selepas tiang lampu yang patah menembusi bahagian hadapan van dinaikinya sehingga menyebabkan kepalanya putus.  

Artikel Lain