BERMULA dengan perkenalan yang diaturkan orang terdekat, pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam pada Jumaat.Majlis akad nikah figura yang terkenal dengan jolokan Ustaz Mad Kecik itu dilangsungkan di kediaman isterinya di Bukit Payung, Marang, Terengganu. Difahamkan, Nor Suhada yang berusia 26 tahun merupakan pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai dan jodohnya bersama Ustaz Mad Kecik diatur guru-gurunya.Perkahwinan tersebut turut diuar-uarkan di laman Facebook rasmi Ustaz Muhammad Abdullah."Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala. Selesai majlis akad nikah pengantin Ustaz Muhammad Abdullah dengan pasangannya. "Semoga Allah memberkati kalian berdua, melimpahkan keberkatan ke atas kalian, dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan.Nor Suhada berusia 26 tahun dan pelajar di Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai. -Foto Facebook Ustaz Muhammad Abdullah"Tahniah di atas penyatuan dua hati dalam ikatan yang diredai Allah. Semoga rumah tangga yang dibina dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah hingga ke syurga," demikian menurut hantaran tersebut.Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkejut dengan perkhabaran berkenaan kerana menyangkakan Ustaz Mad Kecik sudah mendirikan rumah tangga."Ingatkan dah lama kahwin, rupanya bujang lagi sebelum ini. Tahniah ustaz."Rupanya baru kahwin, apa-apa pun tahniah ustaz."Tak kahwin lagi rupanya ustaz Mad, ingatkan dah kahwin. Tahniah ustaz," demikian reaksi netizen.Untuk rekod, Muhammad pernah menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) pada bulan Oktober tahun lalu.Malah sosok setinggi 100 sentimeter ini mempunyai madrasah sendiri iaitu Pusat Pendidikan Islam dan Kebajikan Darul Zahraa (PPIKDZ) di Terengganu, yang ditubuhkan pada 2019.Beliau juga popular dalam kalangan remaja dan orang dewasa selepas beberapa siri ceramahnya di muat naik di YouTube dan TikTok.