suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilabel ‘pengganas’ oleh media Israel, tindakan berani CEO Kapal depan kamera buat Zionis makin panas hati

CEO Kapal antara 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa.

MEDIA Israel bertindak melampau apabila menggelar aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) sebagai pengganas dalam laporan terbaharu mereka.

Apa yang mencuri tumpuan, laporan tersebut turut memaparkan wajah pakar maritim Malaysia, Al-Ahmad Shah Abdul Kadir yang turut dikenali sebagai CEO Kapal.

Menurut laporan berat sebelah tersebut, kesemua aktivis yang dikaitkan dengan flotila berkenaan sudah diusir keluar dari Israel dengan menaiki tiga pesawat milik syarikat penerbangan Turkish Airlines.

"Semua aktivis flotila yang dikaitkan dengan keganasan dari Turkiye diusir dari Israel menggunakan tiga pesawat milik syarikat penerbangan Turkish Airlines. 

"Dalam rakaman, kelihatan individu-individu tersebut memakai pakaian berwarna kelabu dan diiringi ke dalam pesawat," tulis laporan tersebut.

Rakaman berita 14 saat itu memaparkan CEO Kapal sedang berjalan bersama beberapa aktivis lain.

Menariknya dia sempat memandang tepat ke arah kamera dan melaungkan 'Free Palestine' sambil menunjukkan isyarat jari tanda keamanan.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa yang sedang tular, CEO Kapal mendedahkan bahawa terdapat kecederaan serius yang dialami oleh para aktivis selepas mereka ditahan secara kejam oleh tentera Israel.

"Seramai 35 orang mengalami kecederaan pada bahagian rusuk, lima orang mengalami kecederaan di kepala, 12 orang dikasari secara seksual dan ​seorang mengalami pendarahan pada mata," katanya.

CEO Kapal menegaskan jika layanan sezalim itu boleh dikenakan terhadap sukarelawan kemanusiaan antarabangsa, ia jelas menggambarkan penderitaan yang jauh lebih berat dan ngeri terpaksa ditanggung penduduk di Gaza.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) pada Khamis memaklumkan semua 428 aktivis kemanusiaan GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa telah dibebaskan.

SNCC menjangkakan delegasi Malaysia akan terbang dan pulang ke tanah air pada Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Artikel Lain