suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau nak menyalak, silakan” - Aisha Retno tak terasa, nama tidak disebut individu tuntut hutang

Aisha engggan ambil peduli mengenai hantaran Yuka.

PENYANYI Aisha Retno memilih untuk kekal tenang dan tidak ambil peduli berhubung hantaran Yuka Kharisma yang didakwa ditujukan kepada dirinya mengenai isu hutang sebelum ini.

Mahu terus bersikap positif, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 26, menyifatkan situasi yang berlaku itu hanyalah sebagai ujian kecil buat dirinya. 

"Saya anggap ini seperti jentikkan daripada Allah sebab Allah itu adil. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki, lepas tu tiba-tiba Allah jentik sikit nak tengok macam mana kita respon.

"Ini adalah secara umum, apabila kita sudah di atas, kita jangan berada dalam zon selesa. 

“Kadang-kadang rezeki juga membawa kepada bala ataupun cabaran. Jadi, kena sentiasa bersyukur dan bersedia," katanya kepada mStar

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Latihan Pestapora di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Ketika ditanya mengenai dakwaan berkenaan, Aisha enggan melatah memandangkan individu tersebut sama sekali tidak memetik namanya. 

Namun dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara tersebut ke jalan undang-undang sekiranya ia terus berlarutan tanpa berkesudahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terganggu tengok PGL pakai braces”... Aisha Retno respons kebimbangan netizen, hanya akan guna ‘retainer’

"Saya tidak ada komen sebab saya dengar ura-ura, individu berkenaan pun tidak menyebut nama saya.

"Dia tidak salah, mungkin dia hanya mahu luahkan apa yang terpendam. Jadi, saya tidak ada komen berkenaan perkara itu.

"Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri sahaja. Dan benda-benda seperti ini, mahkamah adalah jawapan yang terakhir kalau ia masih berpanjangan. 

“Jadi, kalau nak menyalak, silakan. Tidak mengapa. Yang penting, dia tidak menyebut nama saya," ujarnya. 

Aisha akan teruskan ke pihak mahkamah sekiranya isu berkenaan berlarutan.

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak berkenaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda, Aisha memaklumkan perkara itu tidak perlu dilakukan. 

Sebaliknya, dia memilih untuk menyerahkan urusan tersebut kepada pihak yang lebih pakar.

"Lagi sekali, saya tidak ada komen sebab semua ini di alam maya. Kita tidak pernah ada apa-apa perjumpaan ke apa. 

“Jadi, saya tidak mahu nak respon macam mana. Jadi, biarkan pihak yang lebih arif untuk selesaikan masalah ini.

"Dan saya hanya akan teruskan kehidupan sahaja. Banyak lagi benda yang kena fokus iaitu Anugerah Juara Lagu, Puteri Gunung Ledang, Pesta Pora dan saya juga rancang untuk keluarkan album," ujarnya.

Sebelum ini, Yuka ada membuat beberapa hantaran di Threads meminta seseorang membayar hutang yang tertangguh. 

Meskipun tidak menyatakan nama individu dimaksudkan, namun ada netizen memetik nama Aisha Retno memandangkan mereka pernah mempunyai kolaborasi sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain