suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditegur salah pakai busana tradisi kaum Iban, Aisha Retno tampil mohon maaf

Aisha mohon maaf atas isu tersebut.

PENYANYI Aisha Retno tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan busana tradisional kaum Iban yang digayakannya ketika membuat persembahan pentas, baru-baru ini.

Tidak akan mengulangi kesilapan sama, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 26, berkata dia bersedia untuk tampil ke depan bagi menjernihkan semula keadaan.

"Memandangkan isu ini sudah besar, jadi kalau perlu saya minta maaf, saya ingin meminta maaf kalau pakaian yang digayakan itu telah mengguris hati mana-mana pihak.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Persembahan itu berlangsung beberapa minggu yang lalu. Tapi kalau ia dinaikkan semula, semestinya saya akan tengok balik dan berbincang dengan pasukan.

"Kalau ini isu besar, kami akan buat sesuatu bagi menangani perkara itu," katanya kepada mStar. 

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Latihan Pestapora di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Dalam pada itu, Aisha memberitahu niatnya sekadar mahu menonjolkan keunikan pakaian tradisional tersebut di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak menyalak, silakan” - Aisha Retno tak terasa, nama tidak disebut individu tuntut hutang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mimi Lana pertahan pemilihan Aisha Retno, Mila Mohsin sebagai PGL… “Mereka memang selayaknya”

Malah, Aisha berkata pakaian itu telah disediakan oleh pereka fesyen dan penata gaya.

"Sebagai perempuan, semestinya saya suka untuk menampilkan pakaian-pakaian tradisional semasa buat persembahan.

"Saya pakai pakaian itu daripada stylist dan juga pereka fesyen. 

“Ya, saya faham yang industri fesyen ini sangat penting, tapi dalam masa yang sama kita perlu ada batasannya," ujarnya. 

Pemakaian Aisha cetus kemarahan kaum Iban. 

Sementara itu, Aisha berjanji akan lebih berhati-hati dan meneliti setiap aspek pemilihan busana tradisional selepas ini. 

"Saya akan lebih peka dalam bab pakaian tradisional sebab takut menyentuh sensitiviti. Kami akan lebih teliti lagi. Itu saja Aisha boleh cakap," tambahnya. 

Sebelum ini, penampilan Aisha Retno mengenakan busana tradisional etnik Iban itu menerima teguran penduduk negeri Sarawak. 

Ini kerana cara pemakaian aksesori Sementing Ngepan Iban itu dianggap salah dan tidak mengikut cara sepatutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain