KEMELUT rumah tangga antara penyanyi Lia Aziz dan Arash Azimi berakhir apabila pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Isnin.Reda menerima takdir, Arash atau Arash Azimi Anuar, 28, tetap bersyukur kerana perpisahan mereka berlaku secara baik tanpa sebarang perselisihan berpanjangan. “Sebenarnya Lia telah memfailkan cerai pada Februari lalu. Perbicaraan pada bulan April. Arash (kiri) sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.“Hari Ini saya telah melafazkan cerai talak satu kepada Lia. Itu saja yang saya boleh kongsikan, maksudnya konflik rumah tangga kami sudah pun selesai.“Sejujurnya memang penceraian kami ini berlaku dengan cara baik dan mudah, Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Arash berkata mereka sudah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina, namun reda dengan ketentuan takdir.ARTIKEL BERKAITAN: Arash masih sayang Lia Aziz, dakwaan hadir mahkamah syariah untuk fail cerai itu benar!ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa pergi mahkamah syariah... Lia Aziz mohon doa, katanya hanya keluarga tahu“Kalau tengok kenyataan saya kepada mStar sebelum ini, memang kami sedaya upaya sudah cuba selamatkan hubungan namun takdir sudah tertulis sebaliknya. “Alhamdulillah hubungan kami masih baik, okay saja. Tak mahulah simpan dendam. “Sebelum ini kami pernah bersama sebagai suami isteri jadi biarlah berpisah pun dengan cara baik,” ujarnya. Hari Ini saya telah melafazkan cerai talak satu kepada Lia.ARASH AZIMIANGGOTA KUMPULAN TREEHILLBerkongsi perasaannya selepas prosiding perceraian selesai, Arash mengakui dia tidak dapat menahan sebak sebaik keluar dari mahkamah.“Sewaktu lafaz cerai saya kuatkan diri walaupun hati ini hanya Allah saja yang tahu. Siapa yang mahukan penceraian. “Tapi bila dah selesai keluar saja dari mahkamah memang saya menangislah. Saya cuba untuk tidak menangis tapi yang pernah melaluinya saja tahu. Kemelut rumah tangga Arash (kiri) dan Lia akhirnya terjawab.“Hari Ini memang menangis sajalah untuk lepaskan semua yang saya rasa. Selepas ini saya perlu bangkit untuk fokus pada kerjaya,” katanya. Pada April lalu, anggota kumpulan TreeHill itu mengakui urusan penceraian mereka sedang berlangsung di mahkamah, namun memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan.Untuk rekod, Arash dan Lia mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!