suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Mimi Lana pertahan pemilihan Aisha Retno, Mila Mohsin sebagai PGL… “Mereka memang selayaknya”

PELAKON Mimi Lana menyifatkan pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai watak utama dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) sebagai keputusan tepat meskipun ia dipertikaikan segelintir netizen di media sosial.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, berkata dia tidak melihat sebarang isu apabila Tiara Jacquelina memilih anaknya sendiri untuk membintangi produksi berkenaan memandangkan teater tersebut merupakan milik penerbit itu sendiri.

“Eh saya kalau ada anak pun akan panggil anak sendiri jadi PGL. Kalau saya pernah jadi PGL, sudah tentu jika anak saya boleh berlakon sudah tentu saya akan beri kepadanya.

“Dan produksi itu adalah milik dia (Tiara). Tapi saya rasa selain daripada perkara itu (pemilihan anak sendiri), mereka memang layak dipilih sebagai watak utama.

Mimi menganggap pemilihan pelakon PGLTM adalah yang selayaknya.

Mimi menganggap pemilihan pelakon PGLTM adalah yang selayaknya.

“Mereka dah biasa dengan pentas, Aisha Retno pula tak perlu disangkal pengunaan pentas memang bagus. Jadi saya rasa tak ada masalah,” katanya kepada mStar.

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan filem Polong yang diadakan di 10 Star Cinema, Hextar World Empire City, Damansara pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Mimi turut mengakui proses uji bakat untuk watak Puteri Gunung Ledang bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kebolehan menyanyi, menari dan beraksi secara langsung di atas pentas.

“Proses uji bakat PGL sangat susah, memang saya rasa pemilihan untuk watak PGL itu selayak-layaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin pelakon kedua Puteri Gunung Ledang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Puteri Gunung Ledang The Musical dipilih secara telus, tiada pilih kasih atau ‘favoritism’

“Mereka individu yang sudah biasa di atas pentas. Macam saya berlakon filem dan tak biasa sangat dengan pentas.

“Saya boleh menyanyi tetapi tak pernah menyanyi di depan khalayak ramai. Jadi mungkin ia agak susah untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, Mimi berkata dia tidak terlalu kecewa meskipun gagal dalam uji bakat teater tersebut, sebaliknya bersyukur kerana memperoleh pengalaman yang sangat bermakna.

Saya tidaklah kecewa tetapi bila benda yang kita nak tak dapat, ada rasa jugalah

MIMI LANA

PELAKON

“Saya tidaklah kecewa tetapi bila benda yang kita nak tak dapat, ada rasa jugalah.

“Cuma sejujurnya saya seronok sangat pergi sesi uji bakat itu. Baru saya tahu tentang proses nak pergi ke pentas teater.

“Tak sampai seminggu saya kena hafal semuanya, menyanyi dan menari. Jadi walaupun saya dapat jadi PGL selama dua tiga hari saja, tapi insya-Allah saya akan cuba cari orang yang akan buat filem PGL ini lagi,” katanya.

Mimi teruja dapat merasai pengalaman uji bakat teater PGLTM.

Mimi teruja dapat merasai pengalaman uji bakat teater PGLTM.

Sebelum ini, produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) tampil memberi penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak berhubung ketelusan dalam pemilihan barisan pelakon bagi pementasan muzikal berkenaan.

Menerusi kenyataan di Threads, pihak produksi menegaskan bahawa proses pemilihan dilakukan tanpa sebarang unsur pilih kasih.

Untuk info, teater PGLTM dijangka mula dipentaskan pada Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain