SELEPAS Aisha Retno, kini giliran pelakon Mila Mohsin pula diperkenalkan sebagai aktres kedua yang bakal membawakan watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM). Pengumuman rasmi mengenai pemilihan tersebut dikongsikan oleh produksi teater berkenaan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mereka. Menurut pihak produksi, pemilihan Mila dilihat sangat istimewa memandangkan naskhah agung tersebut sudah sebati dalam hidupnya sejak daripada kecil lagi.Mila sudah sebati dengan naskhah itu sejak kecil. "Sejak kecil dia telah membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang, menyaksikan sendiri cinta, pengorbanan dan magis yang menjadikan kisah ini hidup di hati para pencintanya selama dua dekad."Dan kini, tibalah waktunya pula untuk melangkah ke dalam legenda itu sendiri. Inilah salah satu Puteri kami, bukan sekadar mewarisi sebuah nama, tetapi membawa denyut rasa, darah dan jiwa yang telah lama menjadi bagian daripada dunia ini," katanya pada Sabtu. Untuk rekod, Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin merupakan anak kepada pengarah dan pelakon terkenal, Allahyarham Hani Mohsin bersama Puan Seri Tiara Jacquelina.ARTIKEL BERKAITAN: Pelik kenapa ada dua pelakon Puteri Gunung Ledang? Karl Shafek tampil beri penjelasanARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno dipilih sebagai Puteri Gunung LedangPementasan kali ini bakal memperkenalkan konsep dan pendekatan baharu apabila menampilkan lebih daripada satu interpretasi bagi watak utama demi memastikan kesinambungan karya itu untuk generasi akan datang."Buat pertama kalinya, dalam Puteri Gunung Ledang The Musical. Dua puteri dan dua bayan akan menghidupkan kembali legenda ini. "Kerana kisah cinta sebesar ini layak terus diwariskan kepada generasi berikutnya," ujarnya. Antara barisan pelakon PGLTM. Sebelum ini, produksi Puteri Gunung Ledang The Musical musim terbaharu mengesahkan pendekatan baharu dengan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan bagi menghargai legasi karya tersebut serta memastikan kesinambungannya untuk generasi akan datang.Bagi watak Bayan, ia akan dibawakan oleh pelakon Nadia Aqilah dan penyanyi Mimi Fly.Turut diumumkan sebelum ini ialah pelakon Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka serta Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!