SUSULAN sambutan hangat penonton, pengarah Tarung: Unforgiven iaitu Razaisyam Rashid menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama filem berkenaan termasuklah urusan jual beli cenderamata.Dalam hal ini, Razaisyam berkata segala urusan melibatkan pembelian merchandise berkaitan filem perlulah dirujuk kepada sumber rasmi dan bukannya daripada pihak ketiga. "Kalau ada apa-apa pembelian, merchandise atau transaksi melibatkan nama Tarung, tolong hanya percaya maklumkan daripada akaun rasmi Aedy (penerbit), instagram Alpha47, Astro Shaw dan aku sendiri saja. "Jadi tolong hati-hati. Jangan mudah percaya dengan mana-mana pihak yang bukan daripada sumber rasmi. Mesej scammer yang dikongsi oleh Razaisyam."Terima kasih sebab terus sokong kami dengan ikhlas. Itu dah lebih daripada cukup," katanya. Razaisyam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Sabtu. Dalam pada itu, Razaisyam turut meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui terdapat pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan demi meraih keuntungan tidak sah.Katanya, sejak awal lagi dia amat menghargai sokongan penonton dan menganggap ia sebagai sesuatu yang bermakna.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tarung’ buat Aedy Ashraf rasa nak menangis setiap hari, tak peduli kata-kata sinis perlekeh kemampuanARTIKEL BERKAITAN: Aziz M. Osman puji ‘Tarung: Unforgiven’... “Aku dah boleh bersara dengan selesa”"Hari ini aku dapat satu berita yang agak mengecewakan. Dari awal aku bersyukur dengan sokongan korang (penonton) untuk filem aku. "Apa saja yang korang nak tunjuk support, itu hak masing-masing dan aku tetap hargai sepenuh hati. "Tapi satu benda yang aku sangat jaga sebagai seorang manusia ialah integrity. Kejujuran dan ketulusan. Jangan sesekali menipu," ujarnya. Aedy merupakan penerbit Tarung: Unforgiven.Dalam hantaran sama, Razaisyam turut berkongsi paparan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak bertanggungjawab yang didakwa cuba menipu dengan menjual barangan berkaitan filem berkenaan berserta tandatangan pelakon.Untuk rekod, Tarung: Unforgiven merupakan filem terbitan Alpha47 milik pelakon Aedy Ashraf yang turut membintangi filem tersebut.Filem itu turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.Tarung: Unforgiven mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 7 Mei lalu, dan selepas seminggu tayangan dilaporkan meraih kutipan sebanyak RM10.5 juta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!