SELEPAS kisah kesempitan hidup pelakon Zul Yahya tular di media sosial, isterinya iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi berkongsi perkembangan terkini suaminya yang berada dalam keadaan baik. Masih meneruskan perniagaan seperti biasa, Siti Raihan turut meluahkan rasa syukur kerana ramai kenalan dan keluarga tampil menghulurkan bantuan. "Alhamdulillah kami semua okay, baik-baik saja. Abang (Zul) juga masih berniaga macam biasa. Kisah kesempitan hidup Zul tular di media sosial."Syukur ramai yang membantu, keluarga, rakan-rakan dan pengikut kami di media sosial. Alhamdulillah," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Siti Raihan memberitahu suaminya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung keadaan mereka kerana bimbang ia disalah tafsir oleh orang ramai.Malah, aktor itu juga tidak selesa membaca komen ditulis netizen di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Zul Yahya jalan seorang diri seperti berdepan masalah, isteri buka ceritaARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan orang alim”- Zul Yahya sengaja muat naik ‘status panas’, kini sibuk niaga nasi lemak"Maaf, cuma abang tak mahu mengundang komen-komen netizen lagi," ujarnya. Untuk rekod, Siti Raihan mendirikan rumah tangga dengan Zul pada tahun 2007 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.Pada Rabu lalu, Zul menerusi siaran langsung di TikTok mendedahkan perniagaan yang diusahakan kurang stabil sehingga menyebabkan dia berdepan masalah kewangan yang serius. Difahamkan, keadaan itu turut menjejaskan kehidupan keluarganya sehingga mereka terpaksa keluar daripada kediaman dan menetap di premis perniagaan kerana tidak mampu menampung bayaran bil utiliti.Zul sebelum ini dilaporkan berhijrah ke Ipoh, Perak bagi mengusahakan perniagaan restoran steamboat sebelum bertukar konsep kepada masakan kampung yang dikenali sebagai Zul Yahya Recipe.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!