suria

Nabila Huda tersentuh hati lihat kasih sayang antara bapa dan anak perempuan... “Boleh tak jadi ayah saya juga?”

Nabila memberi bayangan merindui seorang figura bapa.

PELAKON Nabila Huda mengakui mudah tersentuh hati apabila melihat hubungan dan ikatan kasih sayang antara rakan artis yang bergelar bapa dengan anak perempuan mereka.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 42, berkata setiap kali melihat perkongsian di media sosial, momen-momen kecil yang dikongsi itu tanpa disedari telah memberi kesan emosi mendalam terhadap dirinya.

"Kadang bila buka Instagram ternampak penyanyi atau pelakon lelaki yang jadi ayah, terutamanya artis senior yang saya follow, tengok betapa manisnya hubungan mereka dengan anak perempuan, pelukan, kelembutan, cara mereka melayan anak dengan penuh kasih sayang.

Perkongsian Nabila di Threads menarik perhatian ramai.

Perkongsian Nabila di Threads menarik perhatian ramai. 

"Tiba-tiba kita tersenyum sendiri. Lucu juga macam mana kadang-kadang, melihat orang lain disayangi dengan cara yang betul boleh menyentuh sesuatu yang sangat dalam dalam hati kita," katanya. 

Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Nabila pernah berharap dan membayangkan figura-figura berkenaan menjadi bapanya kerana terlalu tersentuh melihat kemesraan yang ditunjukkan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Expect saya pakai jubah ke?” - Nabila Huda sedih jual pasta pun kena kecam, pelik orang cari salah

ARTIKEL BERKAITAN: Dipandang macam gelandangan, Nabila Huda kena ‘judge’ masuk restoran mewah pakai comot... “Tak boleh ke layan sama adil?”

"Sampai terlintas dalam hati... boleh tak awak jadi ayah saya juga?" katanya. 

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan pelakon filem Libang Libu itu dan memberikan kata-kata semangat agar dia terus kuat berdepan ujian hidup.

"Tak mengapa Abil (panggilan Nabila). Abil kuat. Ujian buat Abil tambah kuat. 

"Tak mengapa Abil Allah itu Maha Adil dan Maha Baik. Kita sama-sama bersangka baik ya," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain