ISU layanan berdasarkan penampilan kembali menjadi perhatian apabila pelakon Nabila Huda mendedahkan dirinya sering dipandang serong ketika mengunjungi restoran mewah hanya kerana bergaya santai.Sering berpenampilan sederhana dengan memakai kemeja-T dan selipar, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 42, mendedahkan kedatangannya pernah dipandang sinis seolah-olah tidak layak berada di restoran tersebut. "Kenapa kadang-kadang bila kita pakai comot nak masuk restoran fancy kena pandang macam kena judge ek?Perkongsian Nabila yang dimuat naik di Threads miliknya."Contoh kadang tu keluar memang pakai t-shirt dan selipar. Saya malas nak bersiap. Tapi lipstik haruslah (pakai)."Cuma watak tu tak cukup dengan penampilan dan feel restoran tu," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads. Menurut Nabila, sikap menghakimi seseorang berdasarkan penampilan itu boleh membuatkan pelanggan berasa tidak selesa walaupun tujuan mereka hanya untuk menikmati makanan.ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu overrated” - Nabila Huda tidak suka kongsi kisah bahagia di media sosial, suami sentiasa jadi peneman setiaARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main! Nabila Huda boleh jadi ‘singa’, jerit pelakon hilang fokus di lokasi penggambaran"Macam mana nak jelaskan ya. Fahamkan pandangan macam, eh biar betul nak makan dekat sini. "Macam buat kita tak selesa padahal kita nak makan saja. "Ada juga pelanggan bagi pandangan macam kita ni gelandangan," ujarnya. Kata Nabila lagi, perkongsian ceritanya ini bukanlah bermaksud dia mahukan layanan istimewa kerana dikenali.Sebaliknya, dia berharap semua pelanggan diberikan layanan adil tanpa mengira penampilan mereka.Nabila menegur sikap segelintir individu yang gemar menghakimi penampilan orang lain."Di sini maksud saya bukan perasan orang kenal dan patut dapat layanan istimewa. Saya tidak peduli langsung fasal itu. Apa yang saya kisah cuma nak makan. "Dalam Malaysia bukan hanya pekerja Melayu saja, ada pelbagai bangsa. Tapi kenapa bila kita comot kena ada pandangan seperti itu? Tak boleh ke dilayan sama adil. "Tak boleh ke bagi senyuman semanis buah nanas walaupun pakaian tak setaraf dengan yang selalu masuk (pelanggan) tempat itu,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!