suria

Ramai orang ajak bergambar, itu tanda Amir Nafis semakin dikenali… “Saya tak fikir tentang populariti”

Amir bersyukur namanya semakin dikenali ramai.

HAMPIR sedekad berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Amir Nafis menegaskan populariti bukanlah perkara yang dikejar sepanjang berada dalam industri seni ini. 

Amir atau Muhammad Amir Nafis, 34, memberitahu minat dan cintanya terhadap seni lakonan sentiasa menjadi keutamaan berbanding hal-hal lain.

Kata Amir, kepuasan sebenar sebagai pelakon hadir daripada penerimaan penonton terhadap watak yang dibawakan, bukannya perhatian yang diterima di luar set penggambaran.

Bakat lakonan Amir semakin mendapat perhatian ramai.

"Saya sudah berlakon sejak 2017, hampir 10 tahun juga. Saya terlalu cintakan lakonan. 

"Saya tidak pernah terfikir tentang populariti dan mungkin disebabkan itu nama saya lambat dikenali ramai. 

"Saya lebih suka berlakon kerana dapat memberikan kepuasan kepada penonton. Saya lebih suka perasaan itu berbanding orang mengenali siapa saya. Namun selepas lebih dikenali, saya bersyukur dan tidak pernah menolak sekiranya peminat mahu ajak bergambar," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak memilih watak, pelik tiada tawaran drama… Disangka bayaran mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak guna ‘cable’ masuk industri, memang ada bakat

Dalam pada itu, Amir tidak menafikan dapat merasai perubahan apabila semakin ramai peminat mula mengenalinya di tempat awam.

Tidak keberatan melayan permintaan peminat yang mahu bergambar, Amir turut meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan itu.

"Sekarang ni kalau keluar orang nak tangkap gambar dengan saya. Dulu penanda aras saya untuk nak tahu masih berada di tahap bawah atau atas (popular), saya pergi One Utama (pusat beli belah), kalau tak ada orang nak bergambar sama maksudnya saya masih di aras bawah (tak dikenali). 

"Di pusat membeli-belah One Utama kan kita tahu ramai bangsa-bangsa lain (selain Melayu). Kalau dah bangsa lain pun ambil gambar dengan saya, rasanya mungkin saya sudah berada di tahap yang lain (makin dikenali)," ujarnya. 

Amir tidak mengejar populariti semata-semata.

Dalam perkembangan lain, Amir turut membintangi filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. 

Mikael: Pemburu Dua Alam merupakan sebuah karya yang menggabungkan aksi mendebarkan, elemen komedi serta dunia ghaib. 

Selain Amir, filem itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Noreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin dan Ahirine Ahirudin. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain