suria

Amir Nafis tak memilih watak, pelik tiada tawaran drama… Disangka bayaran mahal

Amir nafi hanya mahu berlakon dalam filem.

LEBIH banyak menghiasi layar perak berbanding televisyen, pelakon Amir Nafis tampil menjawab dakwaan kononnya dia terlalu memilih watak.

Amir atau Muhammad Amir Nafis, 34, berkata situasi tersebut sebenarnya bukanlah atas kehendaknya sendiri, sebaliknya kerana tidak menerima sebarang tawaran untuk berlakon drama.

Kata Amir, dia tidak pasti mengapa perkara itu berlaku, namun tidak menolak kemungkinan ada pihak yang beranggapan bayarannya terlalu tinggi.

Amir terbuka untuk berlakon dalam drama televisyen.

"Saya tidak pernah memilih hanya mahu berlakon dalam filem. Sejujurnya saya tidak menerima sebarang tawaran drama. 

"Saya tidak tahu kenapa, mungkin orang ingat saya mahal. Saya tak pasti. 

"Tapi kalau memang ada tawaran dan kena pada waktunya, memang saya akan ambil," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak semua mat rempit jahat, Amir Nafis minta jangan cepat menghukum

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak guna ‘cable’ masuk industri, memang ada bakat

Dalam pada itu, Amir turut memberitahu minatnya terhadap dunia lakonan tidak pernah berubah dan dia terbuka untuk membintangi apa sahaja jenis naskhah.

"Saya sangat suka berlakon, saya tidak memilih jenis naskhah sama ada filem atau drama.

"Bagi watak hero pula, mungkin masa saya akan tiba satu hari nanti. Saya tidaklah terlalu mengharap dan biar saja masa menentukan," ujarnya.

Mengulas mengenai filem-filem lakonannya yang sering meraih kutipan box office, Amir merendah diri dengan menyifatkan kejayaan tersebut sebagai rezeki sesebuah karya, bukan semata-mata hasil usahanya.

Nama Amir sinonim dengan lakonan filem.

"Filem-filem lakonan saya yang dapat kutipan box office sebab rezeki karya itu sendiri. Saya bernasib baik kerana terlibat dalam naskhah-naskhah tersebut. 

"Kalau nak cakap saya menjadi punca filem-filem ini box office sebenarnya banyak lagi sebab lain. Allah yang tentukan rezeki itu. 

"Saya tahu nilai dalam berlakon filem. Saya buat sehabis baik tapi kalau nak kata komitmen saya yang menjadikan filem lakonan saya box office rasanya tidak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain