MANIS mengenakan hijab, pelakon Reen Rahim akhirnya tampil mengulas mengenai penampilan baharunya itu.Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, keputusan itu dibuat bukan sekadar mengikut trend atau faktor usia, sebaliknya dianggap kembali kepada fitrah sebagai seorang Muslim. "Selagi orang nampak saya bertudung, maksudnya betullah tu (berhijab). Saya bertudung bukan saja-saja, bukan kerana umur dah tua ke apa. Reen sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung."Saya pun dah menunaikan umrah beberapa kali tetapi lepas balik Malaysia tetap buka tudung. Cuma kali ini dia punya rasa susah nak cakap. "Jadi selagi anda semua nampak saya bertudung, itulah dia. Saya tak boleh nak cakap ya atau tidak (bertudung)," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Reen turut memberitahu hasrat menutup aurat sudah lama tersimpan dalam hati.ARTIKEL BERKAITAN: “Penat tengok kisah penyondol” - Reen Rahim rindu drama penuh nilaiARTIKEL BERKAITAN: “Saya dan suami ada satu peraturan iaitu kalau tengah emosi jangan berbincang” - Reen RahimMalah, dia pernah bernazar untuk berhijab sekiranya dikurniakan zuriat."Rasa nak pakai tudung ni dah lama sebenarnya. Saya tak pasang niat pun nak pakai tudung lepas balik umrah tetapi saya saja-saja cakap dengan suami saya nak nazar kalau dah hamil nanti nak tutup auratlah. "Tapi saya kata nanti lupa pula nazar tu kalau dah hamil. Tak sangka pula akhirnya rasa nak pakai tudung itu sampai dulu," ujarnya.Sebelum ini, Reen dilihat mula menggayakan hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.Selepas pulang dari Tanah Suci, Reen mengenakan selendang termasuk ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube