PELAKON Reen Rahim tampil menyuarakan pandangan mengenai jalan cerita drama tempatan yang terlalu kerap memaparkan kisah penyondol dan wanita yang digambarkan lemah atau tidak bermaruah.Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, berkata sebagai penonton dia mengakui berasa penat melihat naratif yang berulang-ulang dan tidak banyak menampilkan nilai positif dalam penceritaan. Kata Reen, kebanyakan drama masa kini sering memaparkan karakter lelaki yang tidak mempunyai pegangan serta wanita yang lemah, sedangkan realiti masyarakat hari ini sudah jauh berubah.Perkongsian Reen di Threads miliknya."Penatlah tengok cerita perempuan murah, laki tak ada pegangan, perempuan bodoh, lelaki bebal. "Itu zaman bila punya perempuan? Zaman itu dah habislah. Sekarang manusia dah bijak, faham dan ada nilai. "Bukan marah, kita cuma rindu cerita yang ada nilai," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu wanita berlagak jika berduit... Reen Rahim minta suami muhasabah diri, cari punca isteri ‘pijak kepala’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dan suami ada satu peraturan iaitu kalau tengah emosi jangan berbincang” - Reen RahimReen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. Dalam pada itu, Reen memberitahu trend jalan cerita yang sama seolah-olah berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga membuatkan penonton berasa muak.Bagaimanapun, aktres drama 7 hari Mencintaiku ini mengakui watak antagonis sememangnya menarik untuk dibawakan, namun dia tetap mengambil kira sudut pandang penonton.Reen rindu mahu menonton drama yang lebih berkualiti."Jujur cakap makin lama makin meluat. Drama sekarang macam dah tak ada cerita lain. "Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh, wanita murah. Lima tahun ni macam skrip stuck dekat takuk yang sama. "Memang best bawa watak jahat," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube