suria

Aizat Saha tolak tawaran menyanyi, sedar diri bakat lebih kepada dunia lakonan

Aizat nekad untuk tidak akan mengeluarkan lagu.

PEMPENGARUH dan pelakon Aizat Saha tidak berhasrat menceburi bidang nyanyian walaupun ramai artis sepertinya kini menghasilkan lagu.

Malah kata Aizat, 30, meskipun menerima beberapa tawaran untuk merakamkan lagu, dia terpaksa menolaknya kerana tidak mahu memalukan diri sendiri.

"Saya hanya buat apa yang boleh dan mampu. Jika tidak mampu, saya memang tidak akan buat sebab tidak mahu memalukan diri sendiri.

Aizat bagaimanapun menghormati pilihan orang lain. 

"Tentang isu ramai 'influencer' mengeluarkan lagu, bagi saya kita perlu sedar tahap kemampuan diri masing-masing," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather baru-baru ini.

Bagaimanapun, Aizat menghormati impian setiap individu dalam hidup mereka.

"Mungkin sesetengah orang mempunyai impian besar, tetapi jika mereka benar-benar minat menyanyi, mereka perlu pergi belajar dan melakukan persediaan rapi untuk menjadi penyanyi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aizat Saha nasihat rakan influencer buat ‘content’ berilmu, jangan jadikan orang lain bahan jenaka

ARTIKEL BERKAITAN: Content Abang POV buat Aizat Saha popular... “Pergi mana-mana orang ajak bergambar”

Berkongsi pengalaman berlakon dalam drama mikro Viu berjudul Di Sebalik Cahaya Raya, Aizat memberitahu dia sudah tiga kali bekerjasama dengan penyanyi Nabila Razali.

Dari segi cabaran pula, Aizat perlu melakonkan babak menyanyi dalam drama tersebut sedangkan beliau bukan seorang penyanyi.

"Jadi, saya perlu melakukan teknik miming dan ia agak sukar kerana perlu diselaraskan (connect) dengan suara yang sudah mendapat sentuhan kecerdasan buatan (AI).

"Bagi babak bermain gitar pula, saya memang belajar secara khusus untuk projek ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain