TINDAKAN Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sejambak bunga mawar berwarna merah kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah.Jambangan bunga mawar itu diberikan bersempena ulang tahun kelahiran Bella yang ke-32, jatuh pada 15 Mac. Tidak hanya sekadar bunga, Syed Saddiq juga membawa Bella menikmati hidangan di sebuah restoran mewah.Gelagat mesra Ara bersama Syed Saddiq jadi perhatian.Namun, momen tersebut menjadi lebih manis apabila dua orang anak Bella turut menemani mereka menikmati makan malam itu.Menerusi ucapannya, Syed Saddiq menyifatkan aktres berkenaan sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.“Lembut bila perlu, kental bila diuji. Itulah Bella yang saya kenali. Selamat hari lahir, Iron Lady,” katanya dalam hantaran di Instagram.Malah, Syed Saddiq turut memuji kecomelan anak perempuan Bella yang sememangnya sudah mempunyai hubungan rapat dengannya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mummy, lama tak hantar ke sekolah” - Bella Astillah tersentuh permintaan anak, sanggup lewat ke lokasi penggambaranARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah serah jodoh dengan Syed Saddiq kepada takdir… “Tak manis untuk kongsi perancangan masa depan”"Ara memang puteri dari segala puteri," pujinya.Perkongsian itu sekali gus menarik perhatian peminat yang tersentuh melihat kemesraan mereka, selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu.Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama, namun masing-masing mengakui hubungan tersebut tidak lebih daripada rakan.