DEMI memenuhi permintaan anaknya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sanggup tiba lewat di lokasi penggambaran video muzik lagu terbaharu yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi.Kata Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, tidak mudah untuk menolak permintaan Ayden Adrean yang meminta dia sendiri menghantar anaknya itu ke sekolah. "Ayden hubungi dan bertanya tentang jadual kerja. Saya beritahu ada penggambaran.Bella merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata."Kemudian dia meminta saya sendiri menghantarnya ke sekolah. Katanya sudah lama saya tidak menghantarnya ke sekolah," ceritanya kepada mStar.Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran lagu Ya Raya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.Sebaik sahaja mendengar permintaan tersebut, dia terus menangis kerana merasakan dirinya terlalu sibuk sehingga jarang meluangkan masa bersama anak.ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah tak bagi muka, rancang saman ‘haters’ tabur fitnahARTIKEL BERKAITAN:Baru 9 tahun, anak Bella Astillah buat pendaki Amerika terkejut di Gunung Kinabalu... Netizen puji Ayden tak lupa asal-usul SingapuraDia kemudian segera menghubungi pengurusnya bagi meminta kebenaran untuk tiba lewat ke set penggambaran lagu Ya Raya yang diadakan di Janda Baik, Pahang.Tambah Bella, kejadian itu juga merupakan kali pertama dia lewat dalam urusan kerja kerana mahu mengutamakan permintaan anaknya sendiri.“Untuk penggambaran video muzik, call time pukul 7 pagi, memang susah nak ubah jadual, tapi Alhamdulillah pihak produksi faham situasi saya," ujarnya. Ayden hubungi dan bertanya tentang jadual kerja.BELLA ASTILLAHPENYANYI & PELAKONKejadian itu juga membuatkan Bella sedar kesibukan kerja membuatkan dia sering terlepas momen bersama anak-anak. Biarpun Ayden seorang yang cukup memahami, namun permintaan tersebut sangat menyentuh hatinya.“Saya sedar yang saya terlalu sibuk. Alhamdulillah dapat hantar dia sampai ke kelas sebelum terus ke set walaupun mereka terpaksa menunggu lama.Bella kini sibuk dengan tuntutan komitmen pekerjaan.“Biasanya dia cuma tanya bila saya ada waktu cuti sahaja. Memang dah lama tak hantar sebab kebanyakan waktu panggilan awal pagi,” jelasnya.Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Aziz pada 2016 dan bercerai pada 2024.Selain Ayden, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Ara Adreanna.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!