suria
mStar - Urban.Versatil

Usaha memasak dipandang remeh, Intan Najuwa faham penat lelah di dapur

Usaha Intan memasak di rumah dipertikai segelintir netizen.

PELAKON Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan usahanya menyediakan hidangan buat keluarga hanya kerana dia mempunyai lima pembantu rumah.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia terkilan apabila ada pihak memandang rendah terhadap usahanya di dapur dan menganggap ia bukan sesuatu yang besar meskipun memiliki pembantu rumah. 

"Baca komen dekat bawah ini semua, ramai wanita memandang rendah terhadap saya, mengatakan saya ada ramai pembantu di dapur jadi ia 'bukanlah perkara besar'. 

Perkongsian Intan di Threads miliknya.

"Ya, memang saya ada bantuan, tapi saya tak pernah menghakimi orang yang tak memasak di rumah sebab saya tahu memang penat nak kemas dan masak sendiri.

"Tapi tolong jangan cakap perkara seperti tak adalah usaha sangat," katanya. 

Intan menulis perkara tersebut di Threads miliknya sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa pertahankan golongan ibu bekerja, minta pengasuh lebih tanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

Dalam pada itu, Intan menegaskan bahawa walaupun dia mempunyai sokongan, ia tidak bermakna segala usaha yang dilakukannya tidak bernilai.

"Walaupun sekecil mana pun, ia tetap satu usaha daripada seorang wanita untuk suami dan keluarganya.

"Setiap orang ada usaha masing-masing, dan usaha saya tak terbatal hanya kerana saya ada sokongan," ujarnya. 

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain