SEMPENA Ramadan yang bakal menjelang, pelakon Hannah Delisha mengambil keputusan untuk berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran. Keputusan itu dibuat bagi memberi fokus untuk melakukan ibadah di bulan suci itu memandangkan sebelum ini Hannah, 30, tidak berpeluang berbuat demikian. "Sebenarnya, tahun ini saya memang meletakkan sasaran untuk tidak terbabit dengan sebarang penggambaran drama sepanjang Ramadan. "Keputusan itu dibuat kerana saya merasakan sudah dua atau tiga tahun berturut-turut menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan dan ia sangat memenatkan. Hannah menganggap penggambaran pada Ramadan memenatkan. "Setiap tawaran yang datang, saya minta pengurus jelaskan bahawa saya mahu berehat sepanjang Ramadan. Bukan setiap tahun kita dapat peluang untuk benar-benar merasai bulan ini dengan tenang. "Insya-Allah, selepas raya nanti saya akan kembali berlakon," katanya kepada mStar. Hannah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tayangan Kandungan Ramadan Astro 2026 baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha bersedia hamil lagi, tiada trauma selepas setahun keguguranARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha keguguran... “Jumpa di syurga nanti sayang”Dalam pada itu, Hannah menjelaskan dia masih aktif bekerja bagi menjana pendapatan menerusi pengurusan perniagaan serta pelaksanaan kempen-kempen Ramadan."Tahun ini saya memang mahu berehat dan ‘chill’ sedikit. Walaupun masih sibuk dengan urusan bisnes, sekurang-kurangnya ada masa untuk benar-benar merasai suasana Ramadan. "Jika penggambaran, setiap hari hanya di set, dari pagi sampai malam. Keadaan itu membuatkan saya rasa kehilangan nikmat Ramadan sebenar," ujarnya. Dalam masa sama, Hannah meluahkan rasa keterujaannya apabila dapat menyambut Ramadan sepenuhnya bersama suami, Iman Shah. Hannah teruja untuk berpuasa bersama suami tercinta. "Ya, tahun ini dapat puasa dengan dia (Iman). Bila saya sibuk dengan penggambaran, memang sukar untuk berjumpa suami. Saya keluar pagi, balik malam. Bila balik, suami sudah tidur. "Bila bangun pagi, suami pula sudah keluar bekerja. Pada awalnya memang terasa sunyi, tetapi lama-kelamaan kami belajar memahami jadual masing-masing. Paling penting adalah penerimaan dan saling memahami," katanya. Untuk rekod, Hannah dan Iman mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsing secara sederhana. TONTON VIDEO PILIHAN!