suria
mStar - Urban.Versatil

Tak mahu rosakkan nama, Diana Danielle guna dulu produk sebelum jual

Diana menggunakan produknya sendiri sebelum dijual kepada pelanggan.

PELAKON Diana Danielle menegaskan dia tidak akan sesekali 'menjual nama' sebagai selebriti untuk melariskan produk, sebaliknya akan mencuba keberkesanannya terlebih dahulu. 

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, kepercayaan pengguna merupakan aspek paling utama yang perlu dijaga, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jenama miliknya sendiri.

Kata Diana, setiap produk yang dihasilkan akan diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna.

'

Diana memahami sikap segelintir netizen yang skeptikal terhadap produk selebriti.

"Saya memang guna produk (yang ingin dipasarkan) sebelum beri orang lain guna kerana tidak mahu nama saya rosak. Saya fikir untuk jangka masa panjang. 

"Kita bukan nak menjual untuk sebulan dua (singkat), saya perlu jadi duta yang baik untuk produk ini sekali. 

"Saya perlu pastikan orang mahu beli lagi produk ini. Jadi kesan dan impak produk sangat penting," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle enggan ulas dakwaan Farid Kamil terlibat kes dadah, harap berita tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil kerap jumpa anak, Diana Danielle doakan yang terbaik… “Figura seorang bapa sangat penting”

Mengulas mengenai sikap segelintir netizen yang skeptikal terhadap golongan selebriti menjual produk, Diana mengakui tanggapan itu wujud kerana ada pihak tidak benar-benar menggunakan barangan yang dipromosikan.

Bagaimanapun, pelakon filem Memori itu percaya hasil penggunaan serta maklum balas pelanggan mampu menjadi bukti terbaik terhadap kualiti produknya yang diusahakan. 

"Memang orang ramai skeptikal dengan selebriti tetapi bacalah semua reviu anda boleh nampak sendiri gambar-gambar yang dikongsi.

"Kami tidak pernah bayar orang untuk reviu. Jadi saya harap pengguna pandai menilai sendiri," ujarnya. 

Diana merupakan pengasas bagi produk Numinara.

Dalam perkembangan lain, Diana memperkenalkan jenama produk kecantikan vegan tempatan baharu yang dikenali sebagai Numinara. 

Produk ini direka untuk penjagaan kulit yang ringkas, bersih dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain