suria
mStar - Urban.Versatil

Daler Yusuf minta maaf kepada Puteri Balqis, niat hanya untuk menegur… Tak sangka keluarga jadi bahan kecaman

Daler tidak berniat buruk dalam menegur keluarga Puteri Balqis.

SUSULAN kecaman hebat netizen, pelakon Daler Yusuf memaklumkan dia sudahpun membuat permohonan maaf kepada aktres Puteri Balqis berhubung isu yang berlaku. 

Kata Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, permohonan itu dibuat adalah bagi mengelakkan salah faham di antara kedua-dua pihak. 

"Saya ada mesej dia. Memang betul-betul minta maaf kalau buat dia marah. Selepas itu saya padam hantaran yang dibuat di Threads. 

Daler minta maaf kepada Puteri Balqis. 

"Untuk makluman, saya memang sokong apa yang dia (Puteri Balqis) lakukan itu iaitu bersuara untuk diri sendiri berkenaan buli semasa dia kecil. 

"Saya memang seorang yang anti buli dan memang tidak suka tengok sesiapa dibuli, dikecam dan sebagainya," katanya kepada mStar. 

Daler memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Ramadan & Syawal TV AlHijrah di AC Hotel pada Khamis. 

Mengulas mengenai maksud sebenar hantaran itu dilakukan, Daler memaklumkan niatnya hanyalah mahu menegur bapa tiri dan tunang kepada aktres berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusof tegur bapa tiri, tunang Puteri Balqis... Minta jaga adab bila cakap soal perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusuf belum tinggalkan Malaysia, hanya balik bercuti

"Hantaran saya itu adalah berniat untuk tegur yang lelaki tidak tidak boleh kurang ajar dengan perempuan walau apa sahaja. 

"Saya okay sahaja kalau dia nak pertahankan isteri atau tunang, saya memang tidak mempunyai masalah. Tapi dalam Islam terumatanya lelaki, kita kena jaga mulut walau sejahat mana perempuan itu.

"Apa yang saya tengok di InstaStory itu, nampak macam dia sangat biadap. Menuduh tanpa bukti terhadap perempuan yang masih muda lagi," ujarnya. 

Dalam masa sama, Daler juga tidak bersetuju apabila isu berkenaan menyebabkan keluarganya turut terpalit. 

Dalam Islam terumatanya lelaki, kita kena jaga mulut walau sejahat mana perempuan itu.

DALER YUSUF

PELAKON

"Saya rasa memang tidak boleh terima apabila isu berkenaan melibatkan ahli keluarga. Tak kisahlah kecam saya, tapi jangan keluarga. 

"Bila saya baca orang kecam, buatkan saya 'down' sampaikan saya muat naik gambar anak perempuan untuk ucap selamat hari lahir pun dikecam," ujarnya. 

Sebelum ini, nama Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjadi bualan selepas dipercayai berlaku perbalahan antara dirinya dengan pelakon Mia Sara Nasuha. 

Daler hanya berniat menegur bapa tiri dan tunang Aqish. 

Aqish mendakwa Mia pernah menghina ibunya sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental wanita tersebut. 

Bukan sahaja Aqish, malah bapa tirinya dan juga tunangnya turut lantang bersuara mengenai perkara tersebut. 

Tidak lama kemudian, Daler tampil dengan kenyataan yang berniat untuk menegur kedua-dua individu berkenaan yang dianggap keterlaluan dan menggunakan bahasa kasar terhadap seorang gadis muda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain