PELAKON Daler Yusof tampil menasihatkan bapa tiri dan tunang kepada aktres Puteri Balqis supaya tidak terlalu lantang bersuara berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.Menurut Daler, 33, beberapa hantaran yang dimuat naik oleh mereka di media sosial disifatkan agak keterlaluan dan menggunakan bahasa kasar terhadap seorang gadis muda. “Sebagai seorang lelaki Muslim, saya rasa boyfriend Balqis dan bapa tirinya itu tak perlu masuk campur urusan perempuan seperti ini.Hantaran yang dibuat Daler di Thread miliknya.“Selepas membaca paparan tangkap layar Instagram Story mereka, jelas bahasa yang digunakan sangat kurang ajar dan kasar terhadap seorang gadis muda. Itu memang tak elok. Astaghfirullah,” katanya menerusi satu hantaran di Thread.Bagaimanapun, Daler tidak menafikan hak seorang suami untuk mempertahankan isteri, namun menegaskan adab serta tutur kata perlu dijaga lebih-lebih lagi apabila melibatkan kaum wanita.“Mempertahankan isteri memang hak dan tanggungjawab suami, saya setuju 100 peratus.ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusuf belum tinggalkan Malaysia, hanya balik bercutiARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berpantang di Malaysia, Daler Yusuf kongsi pengalaman urus isteri“Tetapi menjaga bahasa itu sangat penting, terutamanya bila bercakap tentang perempuan. Dia sangat kurang ajar. Boleh pertahankan, tapi dengan cara yang lebih baik,” luahnya.Tidak lama selepas hantaran tersebut dimuat naik, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, tampil membela keluarganya namun dipadam beberapa jam kemudian.Sejak beberapa hari lalu, nama Aqish menjadi bualan netizen selepas dipercayai berlaku perbalahan antara dirinya dan pelakon Mia Sara Nasuha, 21.Puteri Balqis cetuskan kekecohan dunia hiburan.Aqish mendakwa Mia pernah menghina ibunya sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental wanita tersebut.Malah dia juga melakukan pelbagai tuduhan tidak bermoral terhadap Mia.Namun begitu, Mia Sara memilih untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun namanya beberapa kali disebut oleh Aqish menerusi Instagram Story.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube