suria

Pertama kali berpantang di Malaysia, Daler Yusuf kongsi pengalaman urus isteri 

Daler berdepan cabaran terpaksa menjaga isterinya berpantang buat pertama kali.

PELAKON Daler Yusuf berdepan cabaran apabila kali pertama menguruskan isterinya berpantang meskipun ini merupakan bayi keempat mereka.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokuluv, 32, berkata, sebelum ini, tiga kelahiran anaknya diurusan oleh keluarga mentua di Uzbekistan memandangkan isterinya bersalin di sana.

"Ini kali pertama Isteri saya berpantang di Malaysia, kali pertama juga saya uruskan dia berpantang seorang diri.

"Agak kelam kabut juga sebab semuanya perlu diuruskan sendiri... Sebelum ini mudah sikit sebab ibu dan nenek isteri tolong menjaganya sepanjang tempoh berpantang," katanya kepada mStar.

Untitled design (17)

Daler memberitahu sebelum ini proses berpantang isterinya diuruskan oleh keluarga mertuanya.

Isteri Daler iaitu Sakinah Burikul selamat melahirkan bayi lelaki pada 20 Mac lalu.

Dalam pada itu, Daler memberitahu bagi memudahkan urusan dia mengupah bidan bagi menjaga isterinya ketika berpantang di rumah.

"Saya dapatkan bantuan dari perkhidmatan penjagaan berpantang untuk ibu bersalin dan Alhamdulillah, isteri saya sekarang baik sahaja," katanya.

Berkongsi mengenai kaedah berpantang yang diamalkan, Daler memberitahu isterinya kini berpantang kaedah Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu betul reaksi anak perempuan Daler Yusuf, netizen kata beruntung ada 3 adik-beradik lelaki lindunginya

ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusuf kini bapa 4 anak, isteri selamat bersalin bayi lelaki

Jelasnya, cara berpantang mengikut tradisi Melayu tidak banyak perbezaan berbanding cara Uzbekistan.

Namun, Daler menjelaskan isterinya mengamalkan kaedah berurut atau tuam setiap hari meskipun kaedah ini tidak dipraktikkan di negara asalnya.

"Cara kami hampir sama dengan cara Melayu di mana wanita berpantang selama 40 hari.

"Isteri saya tak boleh makan makanan keras tetapi banyak mengambil hidangan seperti sup bagi memudahkan proses pencernaan selain dilarang berembun.

Untitled design (16)

Daler terpaksa mendapatkan khidmat bantuan untuk memudahkan proses berpantang isterinya.

"Kami disana tiada berurut atau tuam, tetapi isteri saya dijaga oleh orang yang arif, maka setiap hari isteri saya akan diurut di seluruh badan kecuali bahagian perut.

"Perut tidak boleh diurut kerana isteri saya bersalin secara pembedahan," katanya.

Terdahulu, pelakon kacukan Uzbekistan itu memaklumkan isterinya, Sakinah Burikul terpaksa bersalin secara caesaeran kecemasan akibat kedudukan bayi songsang.

Untuk rekod, Daler dan Sakinah berkahwin sejak 10 tahun lalu dan hanya mendedahkan ikatan mereka kepada umum awal tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain