suria

Disangka beri sokongan kes rogol, Harris Annuar jelaskan perkara sebenar... "Memang saya setuju dia dihukum"

Harris jelaskan dia tidak menyokong Syed.

GARA-GARA salah faham susulan komen yang disangka memberi sokongan kepada pendakwah selebriti Da’i Syed, pelakon Harris Annuar tampil menjelaskan perkara sebenar. 

Menurut Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 33, komen yang ditinggalkan itu sebenarnya ditujukan kepada adik Syed dan bukannya kepada pendakwah berkenaan seperti yang disalah tafsir segelintir pihak.

Malah, Harris menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang timbul akibat salah sangka tanpa menyelidik perkara sebenar.

Komen Harris yang dikatakan mencetuskan salah faham di kalangan netizen.

“Saya doakan tak bermaksud di pihak dia. Memang saya setuju dia dihukum, tapi tak salah untuk mendoakan kebaikan orang?

“Boleh saya tahu apa yang salahnya untuk saya mendoakan keluarganya? Dan yang saya komen ini bukan dekat akaun Da’i Syed.

"Bila awak mesej macam ini, kira dah buruk sangka dan fitnah saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Harris Annuar ‘back up’ jurugambar, Aqo Imran orangnya jaga solat... Hilang sabar mungkin punca pukul Razman Razmi

ARTIKEL BERKAITAN: “Lama sangat pembedahan” - Harris Annuar tak kenal isteri, sangka anak sudah masuk tingkatan satu

Harris menjelaskan perkara itu ketika membalas komen seorang individu menggunakan nama akaun Funnypityyou di aplikasi Threads pada Ahad.

Susulan penjelasan tersebut, individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Harris kerana tersalah tafsir niat pelakon itu.

“Pertama sekali, saya mohon maaf pada Harris atas kesalahan menafsir komen awak dan menimbulkan kesulitan terhadap awak dan keluarga.

Salah faham Harris dan individu di media sosial sudah selesai.

“Tapi bagi saya, langkah terbaik semasa pesalah sudah dijatuhkan hukuman adalah melakukan sokongan atau doa secara tersembunyi.

“Asalkan boleh secara rahsia hubungi mereka. Komen daripada orang yang dikenali seperti awak walaupun positif tetap akan menjadi topik kerana nama awak,” ujarnya.

Harris kemudian memilih untuk mengambil pendekatan matang dan memaafkan individu tersebut atas salah faham yang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain