Melayan pelbagai perangai pelanggan sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman harian penghantar makanan. -Gambar hiasan AI
ADA pelanggan yang membayar tepat hingga ke sen terakhir, dan tidak kurang juga memilih untuk menggenapkan jumlah bayaran bagi memudahkan urusan pekerja servis penghantaran.Walaupun perbezaannya mungkin hanya beberapa sen, gelagat pelanggan yang memilih kaedah bayaran tunai ketika pesanan dihantar (COD) itu menjadi antara perkara yang mencuit hati seorang rider sepanjang menjalankan tugasnya. Berkongsi pengalaman tersebut, katanya kebanyakan pelanggan lelaki akan menggenapkan bayaran berbanding golongan wanita."Selalunya pelanggan perempuan kalau jumlah pesanan RM9.14, memang RM9.14 yang dibayar. Tepat sampai sen," tulisnya secara berseloroh di Thread.Rider perlu bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasan. -Gambar hiasan AINamun katanya, situasi berbeza pula dialami apabila berurusan dengan pelanggan lelaki yang kebiasaannya enggan pening kepala mengira baki kecil."Pelanggan lelaki pula kalau pesanan RM10.50, kadang-kadang terus QR RM11. Tak nak pening kira sen-sen," kongsinya.Meskipun sering melihat situasi sedemikian, namun baginya setiap tingkah laku pembeli tidak menggambarkan sikap jantina berkaitan.Seorang rider berkongsi pemerhatian mengenai perbezaan cara pelanggan lelaki dan wanita membuat bayaran.Pelanggan wanita dikatakan sering membayar jumlah tepat hingga ke sen terakhir.Pelanggan lelaki pula ada yang menggenapkan bayaran bagi memudahkan urusan.Dia menegaskan pemerhatian itu tidak mewakili semua pelanggan dan bersyukur menerima lebihan walaupun 50 sen.Netizen memberikan pelbagai reaksi, termasuk berkongsi pengalaman membayar lebih serta isu baki tidak dipulangkan.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah dia turut menyifatkan pengalaman peribadinya itu sebagai kebetulan sambil menzahirkan penghargaan kepada pelanggan yang sudi menggenapkan bayaran meskipun jumlah tambahan diberikan tidak besar."Apa pun, kalau ada yang genapkan bayaran walaupun 50 sen, rider tetap bersyukur. Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi rezeki," luahnya lagi.Perkongsian santai itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, termasuklah rakan rider yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka amalan 'memandai' genapkan bayaran COD, rider bidas pelanggan kedekut - "Kami tak kaya pun dengan ekstra sen tu"ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan enggan bayar COD burger RM15, bagi alasan ‘tersilap tekan’... Paling geram buat muka tak bersalah!"Maknanya aku ni lelaki ke? Aku selalu bayar ekstra kepada rider."Betullah bayar ikut jumlah yang ditetapkan, yang kelakar rider makan duit haram dan pandai-pandai genapkan jumlah."Aku selalu dapat yang perangai tak mahu bagi sen walaupun 90 sen, selalunya yang bayar lepas dapat barang," demikian reaksi netizen.