suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan enggan bayar COD burger RM15, bagi alasan ‘tersilap tekan’... Paling geram buat muka tak bersalah!

Karenah pelanggan merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi seorang pekerja penghantaran makanan. -Gambar hiasan AI

KERJA sebagai penghantar makanan (rider) sememangnya tidak terlepas daripada pelbagai cabaran, termasuk berdepan pelanggan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita menceritakan pengalaman menimpa suaminya yang bekerja sebagai rider secara sambilan, sehingga membuatkan lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan kecewa.

"Laki aku balik kerja part-time rider. Muka dia monyok je. Bila tanya, diam.

"Aku panggil dia duduk, tanya balik kenapa muka monyok," ceritanya dalam perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider ‘cekup’ pelanggan senyap-senyap turun ambil makanan lepas batal pesanan... Tak bagi muka jenis nak makan sedap tapi percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga"

Namun, suaminya hanya bangun dan membuka beg penghantaran makanan sebelum mengeluarkan sebungkus burger yang masih tidak terusik.

Menurut cerita suaminya, dia menerima pesanan burger daripada seorang pelanggan yang memilih kaedah pembayaran tunai semasa penghantaran (COD).

Malangnya, apabila tiba di lokasi penghantaran, pelanggan berkenaan enggan membuat bayaran dengan alasan tersalah membuat pesanan.

Lebih mengecewakan, pelanggan itu dikatakan tidak menunjukkan rasa bersalah walaupun makanan sudah dihantar ke depan pintu rumah.

Ramai yang bekerja sebagai rider sambilan untuk menambahkan pendapatan sampingan. -Gambar hiasan

"Bila COD, akan auto tolak dalam akaun laki aku. Harga burger tu RM15. Dari kedai burger tu nak ke rumah customer dalam 30 minit juga.

"Bila sampai rumah customer, dia tak nak bayar sebeb tersalah tekan katanya. Dengan muka tak bersalah tak mahu bayar burger tu. 

"Dengar cerita laki aku, rasa nak start motor pergi tampar customer tu," ujarnya.

Tambahnya, apa menyedihkan bukanlah nilai kerugian RM15 itu, sebaliknya usaha dan masa yang telah diluangkan oleh suaminya untuk menyiapkan penghantaran berkenaan.

  • Seorang wanita kongsi kisah suaminya, seorang rider sambilan yang dianiaya pelanggan.
  • Pelanggan pesan burger berharga RM15 menerusi kaedah COD.
  • Pelanggan bagaimanapun enggan bayar COD dengan alasan tersalan tekan pesanan.
  • Wanita itu kecewa kerana pelanggan langsung tak rasa bersalah, apatah lagi jarak kedai ke rumah pelanggan sekitar 30 minit.
  • Ujarnya, pelanggan seharusnya bertanggungjawab dan lebih menghargai usaha rider.

"Bukan sebab RM15, tapi effort orang, tolonglah hargai. Kalau tak nak, rasanya boleh batalkan lebih awal dan jangan susahkan orang lain. 

"Tapi aku anggap bukan rezeki suami aku malam ini," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib suami wanita tersebut.

Mereka berpendapat pelanggan seharusnya lebih bertanggungjawab ketika membuat pesanan agar tidak menyusahkan pihak lain.

Artikel Lain