Wanita yang sedang berpantang memerlukan sokongan daripada pasangan dan keluarga untuk proses pemulihan yang lebih pantas. -Gambar hiasan AI
TEMPOH berpantang merupakan fasa penting buat seorang ibu selepas melahirkan anak, bukan sahaja untuk pemulihan fizikal tetapi memastikan emosi mereka berada dalam keadaan baik.Sokongan suami juga mampu memberi ketenangan kepada wanita yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai ibu. Namun berbeza bagi seorang wanita ini apabila dia meluahkan rasa kecewa terhadap cadangan suami yang mahu menghantarnya berpantang di kampung."Laki aku suruh aku berpantang dekat kampung yang ada makcik dan pakcik dia yang aku tak rapat pun.Kebanyakan wanita kini memilih untuk mengambil perkhidmatan penjaga pantang (confinement lady) kerana lebih mudah dan selesa. -Gambar hiasan"Dia nak sangat hantar aku pantang sana, lepas itu tinggalkan aku. Dia cakap akan datang lawat aku setiap hujung minggu," luahnya.Lebih menyedihkan, suaminya seolah-olah tidak mengambil berat soal keselesaan dan perasaannya ketika membuat keputusan tersebut."Sedih wei. Aku tanya dia, tak fikir perasaan aku atau keselesaan aku langsung ke?"Dia jawab itu je pilihan yang ada sebab tak mampu nak upah confinement lady (CL)," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terimaARTIKEL BERKAITAN: Isteri buang semua stok susu badan tanda protes… Hancur hati dihina makan pelahap depan kawanMenurut wanita berkenaan, alasan kewangan membuatkan dia berasa seolah-olah tanggungjawab menjaga isteri selepas bersalin dipandang ringan."Tahu nak buat anak, buat bini mengandung, lepas tu sesedap kau lepas tangan bila bini dah bersalin."Belum berpantang lagi dah macam nak meroyan dengar dia cakap macam itu."Dah tak harap dia jaga. Sekarang nak prepare mental je untuk berpantang sendiri nanti," luahnya.Seorang wanita sedih kerana suami cadang nak hantar berpantang di rumah ibu dan bapa saudaranya di kampung.Menurutnya, hubungan dengan pakcik dan makcik sebelah suaminya tidak rapat.Dia ada bertanya suami tentang keputusan itu, namun alasan yang diberi kerana tak mampu upah 'confinement lady'.Wanita itu nekad mahu berpantang di rumah sendiri demi keselesaan dan kesejahteraan mental.Netizen beri kata semangat dan saran berpantang di rumah sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.Bukan sekadar memberikan kata semangat, malah ramai menyarankan agar dia membuat persediaan berpantang di rumah sendiri demi keselesaan dan kesihatan mental."Dia ingat dengan campakkan awak dekat pakcik makcik dia tu, dengan tak berbayar, orang tua tu nak jaga elok-elok ke? Silap-silap awak jadi maid dekat sana."Saya lebih rela pantang dekat rumah sendiri dari pantang dekat rumah orang lain yang ada bukan muhrim," demikian antara komen netizen.