suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Duit kau RM4,000 je pun!” - Niat murni tebus gelang emas ibu dibalas tuba, adik-beradik tergamak gadai semula

Setiap anak ingin berbakti kepada ibu bapanya. -Gambar hiasan AI

TIDAK sanggup melihat ibu sendiri dibebani masalah kewangan sehingga terpaksa memajak barang kemas, seorang wanita bertindak menebus semula aset tersebut menggunakan wang sendiri.

Namun malangnya, pengorbanan dilakukan berakhir kecewa apabila dia mendakwa jasa dan bantuan diberikan bukan sahaja tidak dihargai, malah menjadi punca dia dipersalahkan oleh ahli keluarga lain.

"Aku tebus bangle mak aku sebab nak raya hari itu. Perjanjiannya, apabila dah tebus, tak boleh pajak semula selagi tak bayar duit aku tebus itu," luahnya di Threads.

Selepas beberapa minggu, dia tiba-tiba teringat mengenai gelang tangan tersebut.

Memajak barang kemas yang dimiliki adalah jalan terakhir untuk mereka yang mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

Memajak barang kemas yang dimiliki adalah jalan terakhir untuk mereka yang mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

Susulan itu, dia bertanyakan kepada ibunya tentang barang kemas yang baru ditebus sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

Apa mengejutkan, dia dimaklumkan gelang berkenaan telah dipajak semula sejak sebulan lalu. 

"Sabtu itu aku tanya mana bangle yang ditebus, dorang cakap dah pajak semula.

"Apabila aku marah, dorang cakap yang tu hak mak aku dan aku tiada hak apa-apa," adunya sambil meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak mengenang budi adik-beradiknya.

  • Wanita tebus gelang emas ibu guna wang sendiri.
  • Ibu janji tidak akan pajak semula barang kemas itu.
  • Terkejut apabila gelang dipajak semula tanpa pengetahuannya.
  • Adik-beradik dakwa dia tiada hak ke atas gelang tersebut.
  • Netizen nasihat jangan lagi bantu tebus barang kemas keluarga.

Tidak hanya itu, dia turut dipersoalkan tentang duit berjumlah RM4,000 yang digunakan untuk menebus semula barang kemas terbabit.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, individu tersebut turut menyatakan gelang emas berkenaan boleh mencecah harga RM9,000 jika membuat gadaian penuh.

Namun dia menyatakan tidak mengambil harga tersebut.

"Duit kau RM4,000 je pun, kalau pajak balik memang dapat banyak tu. Ini sebab aku pajak tak ambil penuh, kalau dekat bank boleh dapat RM9,000," ujar individu terbabit sambil menegaskan barang kemas berkenaan adalah milik ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tolong ibu tebus emas 15K, adik lelaki tetap anggap hak milik mak! Ramai saran gadai semula, mungkin ada kaitan faraid

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak kecewakan anak, wanita berhasrat gadai cincin demi beli kek hari jadi walau berat hati - “Saya ibu gagal”

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan memintanya untuk tidak lagi menebus barang kemas milik ibu atau adik-beradiknya.

"Selepas ini tak perlu tebus dah, buang duit je. Kau sayang tapi mak kau tak kisah pun, hujung-hujung adik kau yang dapat pajak.

"Kalau mereka gadaikan, sepatutnya pulang baliklah RM4,000 awak tu.

"Sepatutnya simpan dekat awak sampai dah habis bayar duit tebusan tu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain