BARANG kemas merupakan aset mudah cair yang membantu pemiliknya mendapatkan tunai dengan cepat dan mudah apabila diperlukan.
Di media sosial, seorang wanita membantu ibunya menebus kembali barang kemas yang digadai pada harga RM15,000.
Susulan bantuan yang dihulurkan, ibunya menyerahkan kesemua barang kemas berkenaan kepadanya seolah-olah dia adalah 'pembeli'.
"Mak saya ada emas yang sudah digadai RM15,000, untuk selamatkan emas tu, saya tebus bayar RM15,000.

Barang kemas merupakan aset mudah cair bagi mendapatkan tunai dengan cara mudah. -Gambar hiasan
"Emas tu mak saya dah bagi dan jadi hak saya kan?" dia bertanya, inginkan kepastian.
Pemberian itu bagaimanapun dianggap tidak adil oleh adik lelakinya yang turut menegaskan ia kekal milik ibu mereka.
Bahkan dia dikatakan tidak mempunyai hak ke atas barang kemas berkenaan meskipun telah mengeluarkan sejumlah besar wang untuk menebusnya.
"Adik lelaki tiba-tiba cakap saya tak ada hak ke atas barang kemas tu sebab semuanya milik mak," tambahnya.
Selain itu, dia turut terkejut apabila dituduh sebagai anak derhaka.
ARTIKEL BERKAITAN: Rider gigit jari, kawan ‘songlap’ barang kemas nilai RM2,000! Makin kecewa lepas isteri siasat di kedai pajak gadai
ARTIKEL BERKAITAN: Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!
Menurut pengadu, adik lelaki juga mendakwa ibu mereka menangis selepas menyerahkan barang kemas berkenaan kepadanya.
Lebih menambah rasa pilu apabila bantuan yang dihulurkan bukan sahaja tidak dihargai, malah disalah anggap oleh adiknya itu.
"Baru-baru ni saya ada bagi dia RM1,000, tapi dia tak berterima kasih pun, padahal duit tu saya kumpul.
"Saya bagi pun sebab mak yang suruh, dia cakap buat apa berterima kasih, itu bukan duit kau pun, itu duit mak," katanya.
- Seorang wanita tebus barang kemas ibunya bernilai RM15,000 dan aksesori itu diberi kepadanya oleh ibu.
- Adik lelaki tak setuju, dakwa barang kemas tetap milik ibu walaupun sudah ditebus.
- Netizen pula cadang pajak semula barang kemas, kerana isu faraid akan timbul bila ibu meninggal.
- Menurut Mufti Selangor, barang kemas yang ditebus kekal harta asal penggadai, perlu difaraidkan kepada waris, bukan automatik jadi milik penebus.
Luahannya itu membuatkan netizen tampil berkongsi pandangan sehingga ada yang memintanya menggadai semula barang kemas berkenaan.
"Pajak balik dan bagi dia surat tu suruh tebus, RM15,000 tu awak simpan. Formula mana dia pakai, nak tebus tak mampu tapi orang lain tebus dia banyak 'bunyi'.
"Mak kau yang toksik dik, depan kau lain tapi belakang kau lain... mak kau tu pergunakan kau je.
"Saya rasa dalam hal ni, mak dia yang bersalah.
"Kalau tebus semasa dia hidup tak apa, tapi kalau tebus semasa dah meninggal, jatuh faraid juga," demikian antara reaksi warga maya.

Warga maya memberikan cadangan masing-masing bagi membantu mengatasi masalah dialami wanita ini.
Dalam pada itu, laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor ada menjelaskan mengenai hukum barang kemas yang dipajak dan ditebus oleh individu lain untuk kegunaannya.
Penjelasan itu berdasarkan pertanyaan seorang wanita yang menggunakan barang kemas yang dipajak oleh arwah bapanya untuk kegunaan peribadi.
"Barang kemas yang telah ditebus itu tetap bukan milik puan kerana yang menggadaikannya adalah arwah ayah.
"Gadaian tidak terbubar jika berlaku kematian salah seorang daripada dua pihak (penggadai dan pemegang gadai)," jelasnya.
Oleh itu tanggungjawab gadaian berpindah kepada pewaris, apabila penggadai meninggal dunia, maka waris hendaklah melunaskan bayaran tersebut menggunakan harta peninggalan si mati, kerana ia dikira sebagai hutang yang wajib dibayar.
Bermakna, barang kemas yang telah ditebus itu merupakan harta si mati yang perlu difaraidkan kepada ahli warisnya.
Justeru, barang kemas yang telah digunakan untuk modal membina rumah, hendaklah diganti semula.
Boleh juga setelah mendapat bahagian, maka ditolak sahaja amaun secara set off.


