suria

“Expect saya pakai jubah ke?” - Nabila Huda sedih jual pasta pun kena kecam, pelik orang cari salah

Nabila memasak untuk peminatnya.

PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa kecewa apabila perniagaan kecil-kecilan menjual pasta yang diusahakannya menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 42, dia tidak menyangka pemakaiannya ketika menyediakan makanan tersebut turut menarik perhatian sehingga menjadi topik bualan di media sosial.

"Saya buat sebab gembira tengok orang datang sokong, makan dan borak. Yang peliknya kenapa ramai sangat nak cari salah?

Nabila pusing Malaysia untuk jual pasta.

"Pemakaian pun jadi isu. Yang kecam ini expect (jangka) saya pakai jubah ke macam mana? Korang nak apa sebenarnya?

"Kadang-kadang sedih juga bila benda yang dibuat dengan ikhlas dan gembira bertukar jadi benda orang nak kecam setiap perkara," katanya menerusi Threads.

Dalam pada itu, Abil berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpura-pura semata-mata meraih pujian orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipandang macam gelandangan, Nabila Huda kena ‘judge’ masuk restoran mewah pakai comot... “Tak boleh ke layan sama adil?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu overrated” - Nabila Huda tidak suka kongsi kisah bahagia di media sosial, suami sentiasa jadi peneman setia

Katanya lagi, setiap individu ditentukan rezeki masing-masing dan berharap orang ramai tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain.

"Saya bukan seorang yang hipokrit. Saya tak perlu fake diri nampak baik, sopan dan lemah-lembut semata-mata nak buat orang sayang dan puji.

"Kalau tak suka, jangan ambil tahu. Buat muka tak tahu malu stalk orang, lepas itu buruk-burukkan pula.

"Buanglah perasaan cemburu tu. Setiap orang ada rezeki masing-masing," ujarnya.

Jelajah ini bukan niat utama untuk buat duit.

NABILA HUDA

PELAKON

Bercakap mengenai bisnes yang diusahakan, Abil menjelaskan perniagaan makanan itu tidak dilakukan secara serius, sebaliknya sekadar projek kecil-kecilan untuk bertemu peminat yang ingin merasai air tangan masakannya.

"Ini sekadar sesuatu yang menyeronokkan. Saya nak pergi berjumpa penyokong dan beri mereka rasa masakan saya sendiri.

"Saya bukan buka restoran fine dining pun. Saya cuma buat small pop-up, masak sendiri, drive sendiri dan tak sangka ramai yang support," jelasnya.

Sementara itu, Abil memberitahu semua urusan perniagaan itu dilakukan sendiri tanpa bantuan staf atau pekerja.

Nabila jawab semua kecaman netizen.

Malah, bisnes dijalankan tidak mendatangkan keuntungan tinggi seperti disangka ramai.

"Sejujurny, jelajah ini bukan niat utama untuk buat duit. Setiap tempat saya masak dan jual sekitar 50 hidangan sahaja. Sos pun kadang-kadang cuma 150 hingga 200 botol. Mestilah sold out sebab small batch dan homemade.

"Semua dibuat dengan usaha dan tenaga sendiri. Nak cakap untung besar memang tak. Minyak kereta, tol, hotel, barang dapur, bahan-bahan dan sewa caravan empat hari pun dah RM2,700," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain