suria

Rindu tapi terpaksa lepaskan… Yusof Hashim buang karakter Ucop demi karier lakonan

Yusof pilih selesakan diri dalam dunia seni.

MEMILIH untuk meninggalkan identiti yang sudah sebati bukan sesuatu yang mudah buat pelakon Yusof Hashim.

Yusof, 32, bagaimanapun berkata keputusan itu terpaksa dibuat bagi memberi ruang untuk dirinya berkembang dalam dunia lakonan.

“Sejujurnya saya tak boleh tinggalkan ‘Ucop’ sebab itu adalah diri saya. Watak Dubsmash saya ketika itu memang ada ramai peminat.

Yusof mahu fokus kepada dunia lakonan.

“Tapi kalau perasan, saya tiba-tiba senyap sebab saya sendiri yang putuskan untuk tinggalkan karakter itu,” katanya kepada mStar.

Menurut Yusof, selepas bergelar pelakon, dia mula menyedari bidang lakonan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan penghayatan emosi yang mendalam.

“Waktu itu saya baru faham nak jadi pelakon bukan mudah. Ia perlukan perasaan dan jiwa.

“Pelakon lain mungkin mudah masuk watak, tapi saya pula kena tinggalkan jauh-jauh karakter ‘Ucop’. Itu cabaran yang saya pilih sendiri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer lelaki bermekap seperti wanita, Ucop nasihat fikir dulu sebelum berkongsi... “Sekadar content tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: "Misi saya untuk hiburkan orang" - Ucop berangan buat persembahan di Anugerah MTV

Dalam masa sama, Yusof mengakui dia masih merindui momen kegemilangan ketika aktif menghasilkan kandungan digital yang pernah melonjakkan namanya.

“Memang sedih juga. Sampai sekarang bila saya muat naik video di TikTok, ramai yang komen ‘rindu video lama’.

“Saya cuma jadi diri sendiri. Bila saya ‘tone down’, orang pula tanya saya okay atau tidak,” kongsinya.

Yusof bersama karya terbaharunya Kata Hati.

Malah, dia juga pernah berasa kekok apabila berada dalam kalangan selebriti lain sehingga menjejaskan keyakinan diri.

“Bila berada dalam kelompok mereka, memang ada rasa kekok. Tapi lama-lama saya belajar terima dan jadi diri sendiri.

“Saya rasa terasing sebab terlalu kuat dengan karakter itu sampai sukar untuk letakkan diri dalam dunia lakonan,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Yusof Hashim, Dubsmash, Ucop, Tiktok, Kata Hati

Artikel Lain