BERSEMPENA sambutan Hari Ibu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan bakal isterinya iaitu Bella Astillah sebagai seorang wanita luar biasa.Menurut Syed Saddiq, 33, Bella bukan sahaja istimewa sebagai pasangan, malah menunjukkan bukti kehebatan seorang ibu dalam mendidik dua anak. “Bella seorang wanita yang luar biasa (extraordinary lady) dan seorang ibu yang jauh lebih luar biasa.Bella dan Syed Saddiq sambut Hari Ibu lebih awal.“Contoh terbaik ada pada Ayden dan Ara. Betapa sopannya mereka, itu memang datang daripada ibunya,” katanya kepada mStar.Beliau berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Halal Auntea Jenny yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, mengakui masih dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi ibu terbaik buat anak-anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah kongsi kata-kata positif untuk kebaikanARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq berubah selepas kenal Bella Astillah, mula bercinta tahun laluMalah ibunya iaitu Siti Zarina Roslan, sentiasa menjadi contoh terbaik buatnya dalam mendidik anaknya iaiti Ara dan Ayden.“Bella tak sempurna. Alhamdulillah kalau ada yang mengidolakan, tapi sebenarnya banyak lagi yang Bella perlu perbaiki sebagai seorang ibu.“Bella masih belajar. Sekarang pun Bella tengok apa yang mama buat dan ambil contoh positif untuk diterapkan bagi menjadi ibu yang baik untuk Ayden dan Ara. Mama akan sentiasa cuba untuk menemani Bella.BELLA ASTILLAHPELAKON“Sebagai ibu, kita kena tunjuk contoh yang baik supaya bila anak-anak membesar, mereka akan ikut kelakuan, sikap dan adab yang baik,” katanya.Tambah Bella, ibunya merupakan sumber kekuatan utama dalam hidupnya sekali gus terharu dengan pengorbanan yang dilakukan selama ini.Katanya, dia juga sudah menyambut Hari Ibu bersama ibu dan bakal mentuanya lebih awal.“Bella rasa mama menjadi sumber kekuatan yang sangat kuat buat Bella, sentiasa ada ketika susah, senang, sedih dan ketawa. Bella mempunyai dua orang cahaya mata."Ke mana sahaja Bella pergi, penat macam mana pun, mama akan sentiasa cuba untuk menemani Bella,” ujarnya.Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Aliff Aziz pada 2016 dan bercerai pada 2024.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.Bella kemudiannya bertunang dengan Syed Saddiq pada 28 Mac lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!