suria

"Saya fikir saya lemah" - Luahan Puteri Sarah sempena Hari Ibu menyentuh hati

Puteri Sarah sebak kenang perjalanan hidupnya.

BERSEMPENA sambutan Hari Ibu, pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak.

Meskipun tidak berkongsi secara terperinci, luahan Puteri Sarah, 40, itu seolah-olah menggambarkan perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal yang berdepan pelbagai dugaan.

“Tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi kuat setiap hari. Ada waktu hati terlalu lelah, dunia terasa berat dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa nampak.

Puteri Sarah kongsi luahan hati.

“Tapi setiap kali melihat anak, ada satu kekuatan yang hadir semula dalam diri. Kekuatan seorang ibu lahir daripada pelukan kecil dan senyuman anak yang tidak pernah tahu betapa mereka sebenarnya sedang menyelamatkan hati ibunya,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Puteri Sarah turut memuat naik video yang menceritakan bagaimana dia menemukan semula kekuatan diri untuk bangkit meninggalkan luka lama.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangka dirinya memiliki kekuatan luar biasa sehingga diuji dengan kemelut rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Masing-masing sudah ‘move on’, Puteri Sarah Liyana berbaik dengan Syamsul Yusof… Sambut raya bersama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan tidak laku!” - Puteri Sarah sibuk ‘live’ berniaga, tak larat nak berlakon sampai tua

“Dulu saya tak sedar saya mempunyai kekuatan. Saya fikir saya lemah dan tak mampu hadapi semua ini.

“Tetapi bila dilanda ujian, barulah kita tahu sebenarnya kita kuat. Kita akan terus menolak diri ke tahap maksimum demi untuk terus bertahan,” katanya.

Tambah pelakon itu, selepas lima tahun melalui fasa penuh duka, dia akhirnya memilih untuk bangkit demi masa depan dua cahaya matanya.

Anak-anak kekuatan Puteri Sarah.

“Saya sudah lima tahun bertahan dan saya pernah rasa lemah. Tapi akhirnya saya bangkit kerana saya ada dua anak. Kekuatan saya adalah anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 2014 sebelum sah bercerai pada 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Sumayyah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain