“Kerana anda semua, malam ini permulaan buat saya.”DEMIKIAN luahan penuh emosi penyanyi Fauziah Latiff yang dilihat tidak mampu menahan sebak ketika menjayakan 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert yang berlangsung penuh meriah di Dewan Plenari, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Suasana emosional itu memuncak pada segmen penutup apabila Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, menyampaikan lagu ikonik Teratai Layu Di Tasik Madu sehingga seluruh dewan bergema dengan nyanyian peminat.Fauziah mempersembahkan lebih 20 buah lagu buat peminat.Sorakan dan tepukan gemuruh yang diterima membuatkan penyanyi itu sekali lagi sebak sebelum menitiskan air mata di atas pentas.Menurut Fauziah, malam berkenaan cukup bermakna buat dirinya dan dianggap sebagai titik permulaan baharu dalam perjalanan seninya."Malam ini (Sabtu) merupakan sebuah permulaan untuk saya. Terima kasih atas sokongan semua. ARTIKEL BERKAITAN: Hargai sokongan peminat Gen Z, Fauziah Latiff bangga golongan muda dengar lagu lamaARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Latiff cerewet orangnya, punca 9 tahun tiada lagu baharu"Saya cuba kawal (emosi). Sekali lagi terima kasih banyak-banyak, minta maaf kalau ada kekurangan sepanjang konsert berlangsung. "Kerana anda (penonton) semua, malam ini permulaan bagi saya," katanya. Konsert bertambah hangat dengan kemunculan penyanyi Datuk Jamal Abdillah sebagai artis undangan istimewa. Kehadiran Jamal disambut dengan tepukan gemuruh sebelum dia dan Fauziah bergandingan menerusi lagu Kehebatan Cinta yang mengimbau nostalgia peminat.Jamal kemudian meneruskan persembahan solo menerusi lagu Penghujung Rindu dan Gadis Melayu yang turut mendapat nyanyian bersama daripada penonton.Fauziah terharu dengan sokongan peminat yang hadir.Sepanjang hampir dua jam konsert berlangsung, Fauziah membawa penonton mengimbau perjalanan seni empat dekadnya menerusi rangkaian lagu malar segar yang pernah menjadi siulan ramai.Antara yang dipersembahkan termasuk Enggan, Tua Mengejar Kita, Aku Sebutir Pasir, Kau Merubah Segalanya, Dia dan Ku Pohon Kemaafan.Konsert berkenaan turut menyaksikan kehadiran beberapa rakan selebriti yang hadir memberikan sokongan kepada Fauziah termasuk Ziana Zain, Rozita Che Wan serta beberapa lagi figura terkenal industri hiburan tanah air.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!