suria

‘Last Dive’ buat kemunculan di Festival Filem Cannes

Wendy menerima jemputan eksklusif menghadiri acara karpet merah di La Scène des Artistes.

FILEM tempatan berinspirasikan kisah benar, Last Dive, mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan sempena Festival Filem Cannes di Perancis pada 14 Mei ini. 

Karya bergenre doku-filem itu akan dipersembahkan dalam sesi Tayangan Pasaran Perdana sekali gus meletakkan nama Malaysia sebaris dengan produksi antarabangsa lain di festival berprestij berkenaan.

Menariknya, Last Dive bukan sekadar mengetengahkan elemen dramatik, sebaliknya membawa mesej kuat berkaitan pemuliharaan hidupan marin dan kelestarian alam sekitar.

Kru produksi yang menjayakan filem Last Dive.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif filem berkenaan, Wendy Wong, turut menerima pengiktirafan apabila dijemput sebagai panelis dalam forum anjuran Yayasan Wanita Sedunia yang berlangsung sepanjang festival tersebut.

Membawakan topik Behind the Camera, Beyond the Screen: Women Creating Change, Wendy akan berkongsi pandangan bersama beberapa figura wanita berpengaruh dari pelbagai negara termasuk Maria Soccor, Rupa Dash, Aliia Roza dan Keni Silva.

Kata Wendy, peluang tersebut cukup bermakna kerana dapat membawa suara serta perspektif Malaysia ke platform antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay bakal ke Cannes, intai peluang cari pelabur untuk filem pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! ‘Tiger Stripes’ catat sejarah filem Malaysia pertama menang anugerah di Cannes

"Saya bersyukur kerana diberi ruang berkongsi tentang perubahan dan cabaran industri hiburan masa kini, khususnya dari sudut penerbitan filem," katanya. 

Lebih istimewa, Wendy turut menerima jemputan eksklusif menghadiri acara karpet merah di La Scène des Artistes bersama rakan rapatnya, Nancie Foo.

Aktres berkenaan juga bakal menghadiri malam pembukaan rasmi Festival Filem Cannes yang disifatkan sebagai detik paling bermakna sepanjang penglibatannya dalam dunia festival filem.

"Sudah hampir dua dekad saya menghadiri festival antarabangsa, tetapi ini kali pertama dijemput ke majlis pembukaan rasmi Cannes. Ia satu penghormatan besar buat saya," ujarnya. 

Filem Last Dive membariskan barisan pelakon termasuk Shiqin Kamal, Aniq Durar, Fiffy Azmi, Amerul Affendi dan Sandra Lim selain penampilan khas Ras Adiba Mohd Radzi serta Fauziah Latiff bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain