KONSERT meraikan 25 tahun perjalanan seni penyanyi Shila Amzah yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada malam Sabtu meninggalkan kenangan cukup istimewa buat peminat. Di sebalik persembahan penuh bertenaga itu, suasana serta merta bertukar hiba apabila Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, secara spontan menyanyikan lagu ikonik Fernleaf berjudul Ibu-Ibu yang membuatkan satu dewan terus senyap. Rangkap “Ibu, ibu… engkaulah ratu hatiku” bergema perlahan, dan suasana berubah sepenuhnya.Shila gemar menyanyikan lagu iklan Ibu-Ibu sewaktu kecil.Menurut Shila, ketika zaman kanak-kanak pada awal 90-an, dia gemar menyanyikan lagu 'Ibu-Ibu' di rumah sehingga ibunya, Fauziah Sarman mula percaya dia mempunyai potensi dalam bidang seni suara."Waktu kecil saya cuma suka menyanyi, tapi saya belum benar-benar faham makna lagu ini. "Hanyalah selepas menjadi ibu, barulah saya faham setiap bait tentang kasih, pengorbanan dan cinta yang betul-betul sampai ke hati," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir putus asa, Shila Amzah kumpul duit sendiri buat konsert untuk peminatARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘show’ di China bukan bermaksud Shila Amzah lebih utamakan peminat luar, syukur masih kekal relevanTidak hanya itu, momen paling menyentuh hati apabila suami Shila, Ubaidillah dan anak-anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira yang duduk di tempat penonton dipaparkan di skrin besar dewan sambil memegang plakad tertulis “I Love You Mami”.Aksi mereka itu mengundang sorakan penonton sebelum seisi dewan terbuai emosi.Paling istimewa, penghargaan turut diberikan kepada golongan ibu apabila Fernleaf menghadiahkan bunga carnation kepada para ibu yang hadir menyaksikan konsert tersebut.Shila mengimbau 25 tahun perjalanan sebagai anak seni.Konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu nyata memberikan impak emosi mendalam kepada penonton.Selain menampilkan vokal mantap dan persembahan bertenaga, Shila juga berjaya membawa penonton mengimbau perjalanan seninya sejak awal kemunculan sehingga bergelar antara penyanyi wanita paling berpengaruh di negara ini.Malah, setiap lagu yang dipersembahkan menerima nyanyian bersama daripada peminat, sekali gus membuktikan karya-karyanya masih dekat di hati ramai selepas lebih dua dekad berada dalam industri hiburan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!