suria

Amir Ahnaf mengaku Daiyan Trisha ada ciri-ciri wanita idaman... “Dia ceria dan disenangi ramai”

Amir belum sedia ke fasa seterusnya.

KEMESRAAN antara pelakon Amir Ahnaf dan Daiyan Trisha terus menjadi bualan peminat sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Tanpa berselindung, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, mengakui Daiyan memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

“Kalau ditanya sama ada dia menepati ciri-ciri wanita idaman saya, ya! Memang dia menepati ciri-ciri itu.

Kemesraan Amir dan Daiyan direstu peminat.

“Tetapi tidaklah lebih daripada itu. Cukuplah sekadar persahabatan buat masa sekarang. Saya selesa begini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir berkata personaliti ceria dimiliki Daiyan membuatkan aktres itu disenangi ramai.

Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah terfikir untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf sudah pulih daripada gangguan saka, berubat sampai ke Sabah... Sekarang hidup lebih tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf diganggu saka, jejas ibadah dan kacau hubungan cinta

“Saya suka berkawan dengan Daiyan. Dia seorang yang sangat ceria dan disenangi sesiapa sahaja.

“Sejujurnya, saya tidak pernah terlintas untuk mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan dengannya,” ujarnya.

Sebelum ini, kemesraan Amir dan Daiyan mula menjadi perhatian selepas mereka tampil menyanyikan lagu raya bersama.

Hubungan mereka turut mendapat sokongan peminat apabila kedua-duanya dilihat meluangkan masa melakukan aktiviti menghasilkan mentega sambil berlari bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain