PELAKON Amir Ahnaf tampil berkongsi pengalaman apabila mendakwa pernah berdepan gangguan saka yang memberi kesan besar terhadap ibadah serta hubungan percintaan.Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 26, berkata kehadiran mahkluk ghaib itu bukan sahaja mengganggu emosinya, malah seolah-olah menghalang usahanya untuk menjalinkan hubungan serius. Kata Amir, setiap kali dia cuba mendekati seseorang wanita, hubungan itu pasti berdepan masalah."Impak buruk kalau saka ini ada dengan kita, bila saya nak cari teman wanita (peneman) 'benda' (saka) itu kacau.Amir berkongsi kisah seram ketika berusia 17 tahun."Kalau saya solat pun dia (saka) tu marah, apa lagi bila nak cari kekasih. Saya selalu tanya setiap kali saya nak sayang orang, orang itu mesti selalu jauh daripada saya."Perempuan itu akan jadi cepat marah, cuba untuk curang. Bekas kekasih saya berlaku curang sebab dia rasa saya tidak cukup (sempurna)," katanya. Amir berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual di program audio siar Sembang Seram yang dimuat naik di YouTube. Dalam pada itu, Amir turut mengimbau kembali pengalaman seram yang dialaminya ketika menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menguatkan lagi kepercayaannya terhadap gangguan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf bantu keluarga hasil kerjaya seni, tak halang adik mahu jadi artisARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf tiada teman wanita, banyak duduk rumah tonton Netflix… “Tolong carikan girlfriend seorang”"Saya cerita waktu belajar di UPSI, masa saya baring nak tidur rasa ada tapak tangan naik atas katil perlahan-lahan. Kemudian, ia hilang. "Saya percaya waktu ia hilang itu, 'benda' tu baring sebelah saya. Dalam seminggu, beberapa kali juga saya rasa situasi ini. "Sebelum ini tak pernah rasa pun tapi lama-lama bila muncul semula saya rasa meremang bulu roma," ujarnya. Kalau saya solat pun dia (saka) tu marah, apa lagi bila nak cari kekasih.AMIR AHNAFPELAKONTidak selesa dengan keadaan itu, Amir kemudian mendapatkan penjelasan daripada ibunya dan dimaklumkan bahawa keluarganya sememangnya mempunyai saka."Saya tanya mak, kenapa rasa macam itu? Selepas itu mak cakap sebenarnya keturunan kita banyak saka. "Mula-mula dulu saya macam tak percaya sangat dengan saka. Mak saya cakap saka ini takkan kacau tetapi akan menjaga saya. "Tapi bila dah lama, saya rasa makin tak sihat. Ia buat saya mahu tinggal solat, makin 'sesat'. Tambah pula saya duduk seorang diri," jelasnya. Amir mengakui saka mengubah kehidupannya menjadi tidak baik.Menyedari keadaan dirinya semakin membimbangkan, Amir akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan bagi membuang saka tersebut."Saya ingatkan saka ini takkan timbulkan masalah tetapi lama-lama saya sedar benda ini buat saya lebih jauh daripada agama. "Saya jadi banyak tinggal solat, buat benda tak baik. Dua tahun lalu saya beritahu mak rasanya benda ini dah jadi makin teruk. "Saya buang saka ini di Sabah kerana mak menetap di sana, Alhamdulillah semua saka yang ada dalam badan saya sudah pun dibuang. Selepas itu saya rasa hidup lebih tenang dan gembira," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!