PENYANYI Ayu Damit terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sakit dada dan muntah berpanjangan.Ayu atau Norayu Damit, 37, ketika dihubungi mStar memberitahu dia mula berasa tidak sedap badan sejak pagi Khamis sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik. Penyanyi ini dalam masa sama tidak menolak keadaan itu berpunca daripada jadual tidur yang tidak menentu selain faktor pemakanan."Sejak awal pagi Khamis, saya mula rasa sakit dada dan kerap muntah. Selepas dapatkan ubat di klinik pun masih sama. Sebab itu terus ke hospital pada awal pagi Jumaat.Ayu akui jadual kerja sibuk antara punca dia sakit. "Minggu ini memang sibuk dan saya pula seorang yang jenis susah nak makan. Jadual makan dan tidur memang tidak teratur," katanya.Dalam pada itu, Ayu memaklumkan hospital bakal melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatan yang dialami.Meskipun dalam keadaan masih sakit, Ayu berkata dia masih memikirkan urusan kerja yang tertangguh.ARTIKEL BERKAITAN: Dicemuh tak cantik, Ayu Damit akui mental terjejas akibat kecaman, bangkit dengan healing ARTIKEL BERKAITAN: Sasar gelaran Doktor Falsafah, Ayu Damit mahu jalani hidup lebih tenang pada usia 45 tahun"Doktor akan lakukan ujian CT scan. Bila dah dapat penyakit ini, ada pula penyakit lain datang. Tunggulah apa kata doktor nanti."Syukur jadual persembahan di Johor minggu ini ditangguhkan. Tapi saya tetap kena fikir soal perniagaan kedai emas. Dalam sakit pun kena fikir kerja."Jadual kelas juga sedikit tertangguh," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!