PENYAMPAI radio, Sharifah Aleya terlihat tenang berdepan ujian hidup meskipun dua kali berdepan kegagalan rumah tangga.Meskipun pada awalnya sukar melalui dugaan itu, namun Aleya, 44, tetap bersyukur kerana dikelilingi anak-anak serta keluarga yang menjadi sumber kekuatannya. Malah, dia kini banyak mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak dan keluarga.Aleya tenang berdepan ujian.“Susah dan sakit. Tapi bila difikirkan balik, mungkin bahagian itu susah, tapi Allah sangat baik kepada saya. Sangat baik.“Tengoklah anak-anak saya, mereka jadi kawan baik saya. Mereka menghiburkan, saya tak rasa kosong itu,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Aleya turut menganggap fasa kehidupannya kini lebih bermakna apabila dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mengorat isteri orang, culas nafkah… Status Sharifah Aleya ditujukan pada siapa?ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Aleya sah bercerai, selesai tempoh idahJelasnya, ia sesuatu yang tidak banyak diperolehi ketika kecil memandangkan dia merupakan anak sulung.“Setiap hujung minggu, kawan baik saya ialah ibu bapa saya. Jadi saya selalu third wheel (orang ketiga hubungan) mereka.“Saya anak sulung. Masa membesar saya tak rasa peluang ini sebab baru tiga tahun lahirlah Sharifah Amani.“Jadi saya tak pernah rasa sindrom anak tunggal itu. Sekarang saya rasa macam ‘balas dendam’ sindrom anak tunggal,” katanya lagi.Anak-anak jadi penguat semangat Aleya.Untuk rekod, Aleya dan Miko atau Mohammed Azam Abdullah sah bergelar suami isteri pada Januari 2013.Bagaimanapun pada Februari lalu, Aleya mengumumkam mereka sudah berpisah.Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah, 11, serta Ahyan Abdullah, 9. Sebelum ini, Aleya berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 dan bercerai pada Februari 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 17.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!