BERSAHABAT sejak awal penglibatan dalam industri seni, pelakon Datuk Rosnani Jamil menyifatkan hubungannya dengan seniwati lagenda Datuk Seri Maria Menado rapat seperti sebuah keluarga.Menurut Rosnani atau lebih mesra disapa Mak Nani, 90, hubungan itu mula terjalin akrab ketika mereka sama-sama menetap di Singapura pada usia muda. "Di Singapura, kami memang kawan rapat kerana berjiran dan tinggal dalam satu kampung. Kami juga berasal dari Indonesia, dia dari Manado dan saya dari Padang.Antara sahabat dan ahli keluarga yang hadir."Jadi memang ada pertalian yang mengeratkan hubungan kami," katanya kepada mStar.Cerita Mak Nani lagi, terlalu banyak kenangan manis sepanjang persahabatan itu antaranya mereka pernah menetap dalam kawasan kuarters yang sama dan sering berkongsi makanan."Rumah kami berdekatan, jadi memang selalu berjumpa. Kalau memasak, kami berkongsi. Kami juga pernah bekerja bersama dalam beberapa filem," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: 16 hari bertarung nyawa, cucu kenang Maria Menado sebagai nenek penyayang dan teliti dalam masakanARTIKEL BERKAITAN: Seniwati legenda Maria Menado meninggal duniaSementara itu, Mak Nani memberitahu dia sempat menziarahi Allahyarham selepas dimaklumkan oleh anak arwah mengenai keadaan ibunya yang dimasukkan ke hospital.Katanya, momen terakhir itu cukup menyentuh hati apabila dia sempat memohon maaf kepada sahabat karibnya itu."Hari pertama dia dirawat di hospital, saya terus melawat selepas dimaklumkan anaknya. Ketika itu dia sudah sedikit koma."Walaupun dalam keadaan koma, saya tetap bercakap dengannya kerana doktor kata dia masih boleh mendengar. Saya juga sempat memohon maaf kerana kami memang rapat seperti keluarga," ujarnya.Ketika proses pengurusan jenazah di Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara.Menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat merendah diri, Mak Nani menyifatkan Maria seorang individu yang mesra dan mudah didekati meskipun pernah bergelar permaisuri."Dia sangat merendah diri dan mesra. Walaupun pernah menjadi permaisuri, dia tidak pernah berubah," katanya.Pada Khamis, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari selepas 16 hari menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat serangan strok kali kedua.Jenazah Allahyarham Maria Menado selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!